• Login
  • Register
Related Topics
Tanda-tanda awal sakit jantung
Apa Kaitan Tahap Kolesterol,Sakit Jantung dan Hati Berlemak
Apa kaitan tahap kolesterol tinggi, sakit jantung dan hati berlemak?
Saluran Jantung Dimasukkan Stent
Buat 5 benda ni kalau anda sayang jantung!
Tags:
copywriting
jantung

Aafiyat Sharing: “Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati”. 5 Tips Penting Mencegah Penyakit Lemah Jantung

Penyakit jantung merupakan punca nombor 1 kematian di seluruh dunia, namun itu bukan bermaksud penyakit ini tidak boleh diubati. Dengan mengamalkan gaya hidup harian yang betul akan merendahkan risiko mendapat sakit jantung pada masa hadapan.

Antara tips umum yang penting:
♥️Tidak minum terlalu banyak air. Tidak melebihi 800ml atau 1000ml air dalam sehari. Kandungan air yang berlebihan dalam badan akan membebankan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ini akan menyebabkan pengumpulan air di dalam paru-paru dan di kaki.
♥️Kurangkan pengambilan garam dalam makanan. Garam akan menyerap lebihan air yang sepatutnya dikumuhkan oleh ginjal menjadi air kencing, ini menyebabkan jumlah air di dalam badan juga bertambah.
♥️Menimbang berat badan dan mencatitkan di dalam buku nota (dibawa bersama ketika temu janji klinik). Sekiranya berat naik secara mendadak sebanyak 1-2kg, ini mungkin bermakna anda telah minum air yang berlebihan. Menjaga berat badan ideal faktor penting untuk kesihatan jantung.
♥️Aktiviti senaman atau riadah yang ringkas seperti berjalan
♥️Mengurangkan atau berhenti merokok

Cara untuk mencegah lemah jantung lebih mudah dan kurang kos berbanding dengan merawat. Sama-samalah kita amalkan gaya hidup Aafiyat untuk kehidupan lebih produktif.🤗

 

Rujukan: https://thediagnosa.com/lemah-jantung-punca-simptom-dan-rawatan

Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary