Tips Aafiyat: Elak Tekanan Darah Tinggi Dengan Makanan Ini
Pernah ke korang secara tiba-tiba sakit kepala di awal pagi ketika bersiap-siap nak ke tempat kerja?
Atau terjadinya kejadian hidung berdarah?
Berdengung di telinga?
Jangan tak perasan atau ambil mudah kerana situasi sebegini antara tanda atau gejala tekanan darah tinggi.
Sebab itulah, adalah penting tekanan darah diukur secara berkala. Lifestyle pulak kurang aktif dan lagi lah berisiko apabila berat badan dalam kategori obes.
Pemakanan harian yang lebih baik amat penting selain daripada pemantauan tahap kesihatan secara berkala.
🥗 Kurangkan pengambilan garam berlebihan dalam segala sos, kicap dan makanan berproses.
🥗 Ubahlah pengambilan lemak tepu daripada sumber haiwan kepada lemak tidak tepu daripada tumbuh-tumbuhan.
Banyak kajian telah membincangkan manfaat pengambilan Minyak Zaitun Extra Virgin kepada pengguna termasuklah pengguna obesiti serta sesuai untuk amalan harian mereka yang mengalami tekanan darah tinggi. Ayuh ubah!
Rujukan: World Health Organization/Hypertension