Info Aafiyat: Apa Kaitan Obesiti & Covid-19?
Berdasarkan penyelidikan yang diterbitkan dalam kajian berkaitan Diabetes, Obesiti dan Metabolisme, pesakit Covid-19 yang mempunyai masalah obesiti adalah berisiko 30% lebih tinggi untuk ke fasa kronik berbanding yang lain.
Obesiti boleh menjejaskan sistem imun, dan dikaitkan dengan gangguan kardiovaskular, kencing manis dan metabolik yang boleh memburukkan lagi jangkitan COVID-19 terutama dalam fasa kronik.
Kenapa mereka yang obesiti lebih mudah dijangkiti dan mendapat komplikasi yang lebih serius?
🤒Sistem imun terganggu kerana kadar gula tidak menentu dalam darah menjadikannya lebih sukar untuk melawan virus dan kemungkinan menyebabkan tempoh penyembuhan mengambil masa lebih lama.
🤒Virus lebih mudah tahan dalam keadaan gula yang tinggi dalam darah.
Kurangkan pengambilan makanan berproses, garam serta gula yang berlebihan. Makanlah secara sihat supaya bukan saja dapat mengurangkan risiko Covid-19, malah mengurangkan risiko komplikasi penyakit-penyakit lain juga.
Rujukan: Drucker, D. J. (2021). Diabetes, Obesity, Metabolism, and SARS-CoV-2 Infection: the End of the Beginning.