[EBOOK EKSKLUSIF] Diet Sihat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad
EBOOK DIET SIHAT OLEH DR ZUBAIDI HJ AHMAD
(Khas buat peserta Program Cabaran Turun Berat Secara Sihat Olive House X Dr Zubaidi)
Ebook istimewa ini digarap khas oleh Dr Zubaidi Haji Ahmad berdasarkan pengalaman beliau membantu ratusan pengguna mengurangkan berat badan secara sihat.
*****************************************************************
Kita semua maklum individu yang berlebihan berat badan lebih berisiko mendapat penyakit seperti darah tinggi, diabetes, masalah jantung dan lain-lain.
Maka sejak beberapa tahun lalu, Dr Zubaidi telah mengorak langkah proaktif dengan mengendalikan Kelab Diet Dr Zubaidi sehingga mencapai 19 kumpulan. Ratusan individu mendapat panduan terus daripada Dr bagi amalan diet secara sihat untuk mendapatkan berat badan ideal tanpa memudharatkan kesihatan.
Pesan Dr juga, pesakit yang telah mempunyai masalah kesihatan terutamanya tidak digalakkan melakukan diet melampau tanpa panduan yang betul dari pengamal perubatan kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan serta masalah lain.
Kini dengan kerjasama bersama Olive House, Dr Zubaidi tampil berkongsi ilmu, tips serta pengalaman beliau melalui ebook istimewa ini untuk peserta program Cabaran Turun Berat dalam 40 hari bersama Dr Zubaidi Haji Ahmad.
Ebook ini menampilkan:
Kaedah Menurunkan Berat Badan
Kaedah Mengawal Penyakit Metabolik
Pengerangan khusus diet IF (Intermittent Fasting)
Testimoni kejayaan Kelab Diet Dr Zubaidi
Soal Jawab bersama Dr Zubaidi
[PDF] EBOOK DIET SIHAT OLEH DR ZUBAIDI HJ AHMAD