Testimoni Ibu Keguguran Namun Tidak Perlu Rawatan D&C (Cuci Rahim)
Testimoni Keguguran Tidak Perlu Rawatan D&C (Cuci Rahim)
Apa itu D&C?
D&C adalah singkatan bagi dilatation & curettage atau bahasa pasarnya cuci rahim, di mana ia merupakan satu prosedur yang akan dicadangkan oleh doktor bagi ‘mengosongkan’ kembali rahim selepas berlakunya keguguran.
Dalam proses ini, doktor akan membuka (dilatation) pangkal rahim (servik) dan membuat curettage (mencuci) dalam rahim bagi mengeluarkan janin yang telah keguguran tersebut.
D&C biasanya dilakukan jika janin tidak keluar secara spontan ataupun terdapat banyak pendarahan atau jangkitan berlaku.
Credit image: https://www.cancer.gov/publications/dictionaries/cancer-terms/def/d-c
Tujuan utama D&C selepas keguguran adalah untuk mengelakkan jangkitan kuman atau pendarahan. Namun, tidak semua ibu yang mengalami keguguran memerlukan prosedur D&C.
Lazimnya jika keguguran berlaku sebelum minggu ke-13 dan keadaan ibu stabil (tidak tumpah darah yang banyak atau tidak dijangkiti kuman), selalunya doktor akan beri masa untuk kita tunggu cebisan janin keluar dengan sendirinya. Proses ini boleh berlaku dalam tempoh 1-2 minggu atau ada juga yang mengambil 3-4 minggu.
Syukur dengan izinNya setelah beramal dengan minyak zaitun, Ustazah Athirah tidak perlu menjalani prosedur ini.