Tips Aafiyat: Tips Minum Air Putih 2-4-2
Anda ada masalah susah "membuang" walaupun waktu berbuka macam-macam juadah dah telan?
Perkara ni memang berlaku pada segelintir individu. Bila masuk ramadhan tiba-tiba susah nak "membuang" dan masalah ini dikaitkan dengan sistem pencernaan kita yang sedang melakukan penyesuaian disebabkan pola pemakanan bertukar ketika puasa.
Pernah dengar tips 2-4-2? Ini adalah tip pengambilan air putih ketika bulan ramadhan.
🥛2 gelas air sewaktu berbuka
🥛4 gelas sepanjang malam/ketika tarawih
🥛2 gelas air lagi semasa bersahur
Selain itu, anda juga disarankan untuk lebihkan pengambilan makanan yang tinggi serat seperti sayuran & buah-buahan. Makanan tinggi serat terbukti dapat melancarkan proses pencernaan.
Probiotik juga adalah penting untuk memastikan bakteria baik berada pada paras optimum untuk membantu melancarkan proses pencernaan. Anda boleh mengambil suplemen probiotik atau cukup sekadar mengambil 1 sudu besar Cuka Tin dengan segelas air putih (200ml) setiap hari.
Sama-sama kita amalkan gaya hidup aafiyat.💪