RESEPI SUP TELUR DAN SAYUR
RESEPI SUP TELUR DAN SAYUR
Siapa dekat sini tak selera untuk makan berat dan teringin makan sup dan sayur?
Atau malas nak masak berat sebab tengah berdiet atau nak melatih anak berdiet?
Salah satu resipi pantas yang ibu-ibu patut cuba adalah sup telur dan sayur.
Cuma bila makan jangan tambah nasi dan cuba ambil lebih banyak sayur.
Bahan-bahannya tidaklah sukar dan cara membuatnya juga sangatlah mudah dan cepat.
Anak-anak pun dijamin suka sampai bertambah. Ibu mana tak seronok kalau anak makan berselera kan?
Jom baca cara memasak sup telur dan sayur ini di bawah. Semoga bermanfaat!
BAHAN-BAHAN:
15 gram minyak masak
5 ekor ikan bilis
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili besar (dihiris)
2 biji telur
10 gram fucuk/suhun (direndam dahulu 5 minit)
1 sudu perasa/kiub pati ayam (pilihan yang tak wajib).
30 gram lobak merah
2 biji kentang (dipotong dadu)
CARA-CARA:
Cop bawang merah dan bawang putih.
Tumis bawang merah dan bawang putih bersama ikan bilis dalam minyak selama lebih kurang 3 minit.
Masukkan 500 g air, sayur, fucuk, suhun, garam dan serbuk perasa (jika perlu). Biarkan dalam 7 minit.
Masukkan telur dan tutup api, biarkan telur dalam 5 minit. Sambung masak 2 minit.
Tip tambahan iaitu gunakan telur dari peti ais untuk hasil telur yang lagi cantik dan tidak mudah berderai.
Untuk sayur pula anda boleh masukkan apa-apa sahaja sayur yang anda suka.
Dah siap! Mudah kan? Tak sampai 20 minit dah siap sup mudah, lazat dan berkhasiat ni. Rugi kalau tak cuba tau!