Tangani Stres Dengan Bijak
Stres adalah desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan peristiwa yang berlaku pada mereka. Apa jua keadaan atau situasi yang mengancam atau dianggap
mengganggu keadaan diri seseorang. Stres menyebabkan individu memerlukan keupayaan dan cara untuk menghadapinya.
Stres
• Boleh berlaku dari segi emosi dan juga fizikal.
• Perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal.
• Merupakan cabaran emosi yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia.
• Berlaku akibat perubahan luaran atau dalaman yang melebihi kemampuan individu.
Antara tanda-tanda stres termasuklah:
Fizikal
• Kering mulut
• Gementar
• Sakit kepala
• Masalah tidur
• Cepat letih
• Lenguh badan
• Jantung berdebar-debar
• Sakit perut
• Cirit-birit
Psikologi
• Gelisah
• Cepat marah
• Lemah semangat
• Bimbang
• Kurang daya tumpuan
• Mudah lupa
• Takut gagal
• Rendah diri
• Resah
• Bosan
Tingkahlaku
• Merokok berlebihan
• Penyalahgunaan alkohol dan dadah
• Masalah tabiat makan
• Tingkahlaku agresif, buli dan vandalisme
Sekiranya stres tidak dapat dikawal dan menyebabkan gangguan emosi, masalah tingkah laku, perubahan personaliti maka stres yang dialami adalah MERBAHAYA.
Stres yang tidak diurus dengan baik boleh menyebabkan:
• Penyakit jantung koronari • Angin ahmar (strok)
• Kegagalan jantung • Kemurungan
KEMAHIRAN MENANGANI STRES
Terdapat beberapa kemahiran yang perlu dipelajari oleh anda
bagaimana menangani stres. Kemahiran tersebut adalah:
1. Kemahiran mengendali / mengawal kemarahan dan penyelesaian
konflik
2. Kemahiran berfikiran positif
3. Kemahiran pengurusan masa
4. Kemahiran penyelesaian masalah dan membuat keputusan
5. Kemahiran teknik relaksasi
6. Kemahiran tegas diri / asertif
Pandemik COVID-19 memberi impak yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat Malaysia. Sesetengah individu berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan terutama ketiba berada di dalam keadaan stress yang melampau dan isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai. Sekiranya kemurungan ini gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik, ianya boleh meningkatkan risiko tingkah laku bunuh diri.
Individu yang memerlukan juga boleh menghubungi talian bantuan sokongan yang diwujudkan seperti;
1. MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
3. Talian Kasih 15999 / WHATSAPP Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
4. KSK-Care JAKIM di WHATSAPP 0111-9598214
5. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929