FAQ 5 PACE Energy Drink
1) Apakah produk minuman berkarbonat berperisa yang dikeluarkan oleh Olive House?
• 5PACE Energy Drink – Minuman Beri Campuran Berkarbornat / Carbonated Mixed Berry Drink.
2) Apakah 5PACE Energy Drink?
• 5PACE Energy Drink ialah minuman berkarbonat dengan perisa beri campuran yang direka untuk memberikan tenaga tambahan tanpa gula. Ia mengandungi bahan-bahan bermanfaat yang membantu meningkatkan fokus dan prestasi fizikal.
3) Apakah pek saiz minuman 5PACE Energy Drink?
• 330ml
4) Berapakah harga 5PACE Energy Drink?
• Sebotol 5PACE Energy Drink berharga RM5.00
5) Apakah isi kandungan minuman 5PACE Energy Drink?
• Minuman ini mengandungi nutrien dan multivitamin yang dapat melepaskan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat. Ia juga merupakan air berkarbonat.
6) Bagaimana 5PACE Energy Drink berbanding minuman tenaga lain?
5PACE Energy Drink menonjol kerana bebas gula dan menggunakan pemanis semula jadi seperti stevia dan buah monk. Ia juga mengandungi L-theanine dan taurine untuk memberikan tenaga yang lebih stabil serta meningkatkan fokus, dengan kandungan kafein sederhana yang mengurangkan kesan sampingan seperti gemuruh.
7) Apakah warna, rasa dan bau minuman 5PACE Energy Drink?
• Warna – Merah-jingga
• Rasa – Berkarbonat (fizzy) dan berperisa beri campuran
• Bau – Buah-buahan (fruity)
8) Adakah minuman ini berkarbonat?
• Ya, 5PACE Energy Drink ialah minuman berkarbonat, memberikan rasa ‘fizzy’ seperti soda.
9) Produk ini mengandungi karbon dioksida yang memberi rasa bergas (fizzy) semasa minum.
Adakah ianya selamat untuk diminum?
• Karbon dioksida dibenarkan untuk ditambah pada minuman dan selamat untuk diminum.
• Ia berfungsi untuk memberikan rasa berkarbonat (fizzy), menjadikan minuman lebih menarik dan menyegarkan.
10) Apakah bahan aditif yang digunakan dalam produk ini, dan adakah ia selamat?
• Bahan aditif adalah bahan yang selamat dimakan, ditambah secara sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit (tidak termasuk vitamin dan mineral).
i.Bahan aditif berfungsi untuk memperbaiki kualiti, persembahan
(tekstur,konsistensi, rupa), perisa, bau, rasa dan jangka hayat penyimpanan.
Kesemua bahan aditif ini dibenarkan dan selamat untuk digunakan di dalam makanan berdasarkan Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan CODEX Alimentarius.
11) Apakah itu taurina?
• Taurina adalah sejenis asid amino yang dihasilkan secara semulajadi dalam
badan manusia. Ianya membantu fungsi dan pembentukan otak.
• Ianya dibenarkan untuk ditambah ke dalam makanan (Peraturan 26. Nutrien yang ditambah).
12) Apakah peraturan makanan untuk minuman berperisa berkarbonat?
• Peraturan-peraturan Makanan 1985
i.Kategori – Minuman ringan
ii.Peraturan 354 – Minuman berperisa
iii.Peraturan 360 – Kehendak pelabelan tertentu bagi minuman ringan
• CODEX Alimentarius
i.Kategori - 14.1.4.1 Carbonated water-based flavoured drinks
ii.Minuman berasaskan air berperisa dengan tambahan karbon dioksida serta pemanis dan bahan tambahan makanan yang dibenarkan.
13) Adakah 5PACE Energy Drink bebas gula?
• Ya, 5PACE Energy Drink bebas gula. Ia menggunakan pemanis semula jadi seperti stevia dan ekstrak buah monk untuk memberikan rasa manis tanpa kalori dari gula.
14) Adakah minuman ini mengandungi maltodextrin?
• Tidak, 5PACE Energy Drink tidak mengandungi maltodextrin. Ia bebas gula dan dipermaniskan dengan stevia dan buah monk.
15) Adakah 5PACE Energy Drink selamat untuk pesakit diabetes?
• Ya, kerana ia bebas gula dan dipermaniskan dengan stevia serta buah monk, ia sesuai untuk individu yang mengawal paras gula dalam darah.
16) Adakah minuman ini mengandungi asid fosforik?
• Tidak, minuman ini tidak mengandungi asid fosforik.
17) Bolehkah saya minum bersama minyak zaitun?
• Ya, anda boleh menikmati 5PACE Energy Drink bersama minyak zaitun.
18) Jika minuman ini bebas gula, dari mana datangnya tenaga?
• Tenaga dalam 5PACE Energy Drink berasal daripada gabungan bahan utama seperti kafein, L-theanine, taurine, dan vitamin B.
19) Apakah fungsi bahan-bahan utama dalam 5PACE Energy Drink?
• Kafeina: Meningkatkan kewaspadaan dan tenaga dengan menghalang rasa letih dan meningkatkan adrenalin.
• L-theanine: Membantu mengurangkan tekanan dan gemuruh, memberikan tenaga yang stabil dan meningkatkan fokus.
• Taurina: Menyokong metabolisme tenaga, membantu penghidratan, dan menyeimbangkan elektrolit.
20) Berapakah kandungan L-theanine, dan taurine di dalam sebotol 5PACE ini?
• L-theanine: 330 mg
• Taurine: 1980 mg
21) Apakah sumber kafein dalam 5PACE Energy Drink?
• Kafein dalam minuman ini berasal daripada sumber semula jadi seperti kopi.
22) Bolehkah saya mengambil 5PACE jika sensitif terhadap kafein?
• Jika anda sensitif terhadap kafein, anda perlu menganmbilnya dengan berhati-hati. Kandungan L-theanine boleh membantu mengurangkan kesan sampingan kafein, namun, ianya bergantung juga kepada toleransi individu tersebut.
23) Adakah 99 mg kafein mencukupi untuk memberikan tenaga?
• Ya, 99 mg kafein boleh memberikan tenaga dan meningkatkan kewaspadaan dalam masa 5 hingga 30 minit selepas minum, dengan kesan bertahan beberapa jam.
24) Adakah kafein boleh menyebabkan darah menjadi pekat?
• Kafein boleh mempengaruhi faktor pembekuan darah, tetapi ia tidak secara langsung menyebabkan darah menjadi pekat.
25) Adakah kafein dalam 5PACE selamat?
• Kandungan kafein sebanyak 99 mg adalah selamat kerana ianya dalam kuantiti yang sederhana.
26) Apakah fungsi vitamin B dalam minuman ini?
• Vitamin B3: Membantu menukar makanan kepada tenaga.
• Vitamin B5: Membantu memecahkan lemak untuk tenaga dan mengawal hormon tekanan.
• Vitamin B6: Menyokong penggunaan protein dan meningkatkan mood serta fokus.
27) Siapa yang sesuai untuk mengambil minuman 5PACE ini?
• Orang dewasa yang memerlukan tenaga tambahan, seperti atlet, pelajar, pekerja profesional, dan pekerja industri.
28) Siapakah yang harus menghindari daripada mengambil minuman 5PACE ini?
• Mereka yang sensitif terhadap kafein, wanita hamil, ibu menyusu, dan mereka dengan masalah kesihatan tertentu harus mengelakkan daripada mengambil minuman ini.
29) Adakah ianya selamat untuk wanita hamil?
• Wanita hamil sebaiknya perlu mengelakkan daripada mengambil minuman ini. Jika perlu, dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu sebelum mengambilnya.
30) Bolehkah kanak-kanak minum 5PACE?
• Tidak, kerana kandungan kafein boleh memberi kesan buruk kepada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
31) Adakah 5PACE bersifat ketagihan?
• Tidak, ia tidak menyebabkan ketagihan.
32) Adakah terdapat sebarang risiko kesihatan yang berkaitan dengan minuman ini?
• Risiko termasuk peningkatan kadar jantung, kegelisahan, atau sukar tidur, terutama bagi mereka yang sensitif terhadap kafein.
33) Bolehkah orang yang menghidap hipertiroidisme mengambil minuman 5PACE ini?
• Mereka dengan hipertiroidisme perlu mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu sebelum mengambilnya kerana kafein boleh memburukkan gejala seperti meningkatkan kadar degupan jantung.
34) Bila waktu terbaik untuk minum 5PACE?
• Minuman ini terbaik diambil sebelum atau semasa aktiviti untuk tenaga tambahan dan fokus.
35) Berapa lamakah senaman atau aktiviti yang perlu dilakukan selepas minum 5PACE?
• Disarankan untuk melakukan aktiviti fizikal selama 30 minit hingga 1 jam untuk memanfaatkan tenaga dari minuman ini.
36) Adakah sesuai untuk penggemar gim?
• Sudah tentu! Minuman Tenaga 5PACE boleh meningkatkan tenaga dan tumpuan, menjadikannya sesuai untuk penggemar gim. Walau bagaimanapun, diingatkan untuk berwaspada dengan jumlah pengambilan kafein harian anda, terutamanya jika anda menggunakan suplemen lain.
37) Bolehkah minuman ini menggantikan makanan atau air?
• Tidak, ia bukan pengganti makanan atau air.
38) Berapa banyak botol boleh diminum sehari?
• Tidak lebih daripada 4 botol sehari. Had pengambilan kafein harian adalah 400 mg.
39) Adakah minuman ini mengandungi alergen?
• Tidak. Minuman ini tidak mengandungi sebarang bahan yang boleh menyebabkan alahan seperti tenusu, kacang, atau gluten.
• Walau bagaimanapun, disarankan untuk sentiasa merujuk kepada maklumat pemakanan pada label untuk alahan yang spesifik.
40) Cadangan penyimpanan minuman 5PACE Energy Drink?
• Produk tersebut hendaklah disimpan di tempat sejuk, kering dan jauh daripada cahaya.
• Pastikan penutup botol ditutup rapat setelah dibuka.
41) Apa yang perlu dilakukan jika botol telah dibuka?
• Sebaiknya minum minuman ini segera selepas dibuka atau disyorkan untuk menyimpannya di dalam peti sejuk selama maksimum 2 hari selepas dibuka.
42) Bagaimanakah cara untuk mengetahui produk tersebut telah rosak?
• Produk makanan yang rosak boleh ditentukan melalui tiga (3) kriteria iaitu warna, bau,dan rasa. Produk perlu dilupuskan jika terdapat perubahan pada salah satu kriteria atau lebih pada produk tersebut.
43) Bagaimana saya tahu jika minuman 5PACE Energy Drink ini sesuai dengan keperluan diet
saya?
• Produk ini dirumuskan dengan teliti untuk memastikan ia selamat dan sesuai untuk pelbagai kumpulan pengguna.
• Senarai lengkap ramuan dan maklumat pemakanan yang lengkap dicetak pada label produk untuk rujukan pengguna.