Aafiyat Lifestyle: Makanan Superfood Atasi Sindrom Long Covid
Satu kajian melibatkan 143 pesakit COVID-19 mendapati 87% masih menghadapi masalah kesihatan selepas 60 hari bebas COVID-19. Antara simptom yang dialami pesakit adalah kelesuan (53%), sesak nafas (43%), sakit sendi (27%) dan sakit dada (22%). Hanya 18 orang (12.6%) mengatakan mereka telah pulih sepenuhnya.
Oleh itu, penting diambil makanan yang sarat dengan nutrien penting secara harian.
Menu Mediterranean yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, makanan yang ditapai, kekacang dan plant-based oil seperti minyak zaitun mengandungi khasiat dan kebaikan semulajadi, antaranya :
✅ Sebatian fenolik dan terpene
✅ Lemak sihat daripada Asid Oleik, Asid Linolenik
✅ Vitamin larut lemak (D dan E)
✅ Pro-Vitamin A
Nutrien sebegini bantu menyokong fungsi sistem imuniti di samping juga memiliki manfaat kesihatan kepada organ dalam tubuh badan.
Jom mulakan sekarang!💪
Rujukan:Carfi, A., Bernabei, R., & Landi, F. (2020, August 11). Persistent symptoms in patients after acute COVID-19. JAMA. Retrieved February 19, 2022, from
https://jamanetwork.com/journals/jama/fullarticle/2768351/