Ischematic Heart Disease dan Cara terbaik Menguruskannya
Ischematic Heart Disease dan Cara terbaik Menguruskannya
Ischematic Heart Disease atau dikenali sebagai coronary heart disease adalah suatu keadaan dimana saluran ataupun arteri jantung yang menyampaikan saluran darah dari jantung ke seluruh badan atau sebaliknya tersumbat.
Di Malaysia, Ischematic Heart Disease adalah pembunuh utama pada setiap tahun iaitu pada tahun 2020 ia merangkumi 17% daripada kes kematian negara. Peratusan ini bertambah berbanding tahun 2018 iaitu sekitar 15.6% dan 11.6% pada tahun 2000.
Berdasarkan kajian, tiada faktor tunggal yang membawa kepada penyakit ini, dan faktor utama adalah dengan terbinanya atherosclerosis dimana pengumpulan plaq yang mengeras yang menyebabkan saluran arteri darah semakin sempit.
Atherosclerosis adalah suatu proses yang perlahan dimana ia wujud hasil daripada keradangan dan oksidasi yang kronik yang berlaku akibat pengambilan diet yang tidak sihat, ketidakatifan, stress yang melampau, pencemaran, pengambilan tembakau/ alkohol dan sebagainya.
Sebelum berlakunya ischematic heart disease, biasanya signal awalnya datang dengan berlakunya dahulu tekanan darah yang tinggi, diabetes, kadar kolestrol jahat yang tinggi, dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan keradangan dan oksidasi yang kronik.
Untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara tersebut, hendaklah mengamalkan diet pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal yang sihat dan membuat pemeriksaan doktor secara berkawal supaya langkah pencegahan awal dapat dilakukan. Diantaranya:
∙ Lakukan perubahan. Kurangkan berat badan anda secara beransur - ansur.
∙ Penurunan berat badan yang disyorkan adalah lebih kurang 0.5kg seminggu.
- Cuba untuk berhenti merokok
- Bahan nikotin dalam rokok boleh meningkatkan tekanan darah
- Karbon monoksida mengurangkan jumlah oksigen dalam darah.
- Merokok boleh menebalkan sel darah dan menyebabkan sel darah mudah beku.
Terdapat beberapa tips-tips senaman yg perlu diamalkan jika anda telah pun dijangkiti penyakit berikut untuk mengelakkan berlakunya IHD :
1)BP tinggi
- Lakukan 30–45 minit senaman keamatan sederhana sekerap mungkin dalam minggu (contohnya, jalan pantas)
- Namun, bincang dengan doktor anda sebelum memulakan program senaman.
2) Kolestrol tinggi
- Lakukan 30 – 45 minit aktiviti aerobik sehari (jalan pantas, joging, berbasikal dan berenang) untuk sekurang-kurangnya 5 kali seminggu
3) Diabetes
- Lakukan senaman keamatan sederhana 30 minit sehari (sekurang-kurangnya 5 kali seminggu) +/- senaman aerobik keamatan tinggi 20 minit sehari (sekurang-kurangnya 5 kali seminggu) + senaman rintangan (contohnya, angkat berat) ≥2 sesi seminggu6
- Namun, anda patut berbincang dengan doktor anda untuk mengenalpasti tahap kesihatan anda sebelum anda memulakan mana-mana program senaman. Anda perlu tahu jenis senaman yang baik untuk anda kerana kerumitan diabetes boleh menyebabkan beberapa jenis senaman pilihan yang buruk untuk anda
Sumber:
Department of Statistics Malaysia, https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=401&bul_id=R3VrRUhwSXZDN2k4SGN6akRhTStwQT09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09