Info Aafiyat : Nutrisi untuk Kesihatan Optimum
‘Lockdown’ di rumah inilah masa paling sesuai untuk kita ‘check & balance’ semula apa yang kita ‘hentam’ selama ni.
Dengan segala jajan-jajan, ‘dessert’ pelbagai rasa dan rupa serta makanan berproses juga dalam kita tak sedar telah menjajah ke seluruh tubuh badan kita. Allahuakbar. 🤦♂️
Dalam bidang pengajian ilmu Nutrisi, Makanan (Food) didefinisikan sebagai bahan berkhasiat yang dimakan atau diminum oleh manusia atau haiwan atau yang diserap oleh tumbuhan untuk mengekalkan kehidupan dan pertumbuhan.
Pemakanan yang seimbang dan penghidratan (air yang mencukupi) sangat penting. Orang yang makan makanan yang seimbang cenderung lebih sihat dengan sistem imun yang lebih kuat dan risiko penyakit kronik dan penyakit berjangkit yang lebih rendah. Oleh itu, dengan fokuskan pemilihan makanan yang baik, tubuh badan akan secara pasti mendapat nutrient makanan yang sempurna seperti vitamin, mineral, serat, protein dan antioksidan yang diperlukan oleh tubuh anda.
Jangan lupa untuk minum air secukupnya. Elakkan gula, lemak dan garam yang berlebihan dan mungkin ‘hidden’ yang terdapat pada makanan dalam tin, jenis-jenis sos dan minuman 3 dalam 1.
Pengambilan Menu Mediterranean seperti Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ untuk peranan lemak sihat dan sebatian polifenol semulajadi di dalamnya bermanfaat untuk kesihatan dan untuk pesakit yang positif juga.
Menurut seorang pengkaji daripada Teesside University, UK; Center for Public Health, kandungan di dalam Minyak Zaitun yang disebut Oleuropein telah menunjukkan potensi kepada aktiviti antivirus terhadap virus syncytial; iaitu virus yang sering dikaitkan dengan jangkitan pernafasan bahagian atas (upper respiratory tract infection).
Jom dapatkan Minyak Zaitun keluaran Olive House yang memiliki Pensijilan Makanan Organik daripada KKM sebagai ‘trusted choice’. Dapatkan daripada ejen-ejen Olive House seluruh Malaysia.