Bingkisan Jumaat : Allah Pasti Memperkenankan Doa Orang Yang Dalam Kesulitan
Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada sembahan selain daripadaNya? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat."
Bukankah Dia (Allah) yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan dan yang mendatangkan angin sebagai khabar gembira sebelum (kedatangan) rahmatNya? Apakah di samping Allah ada sembahan selain daripadaNya?
Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan dari permulaannya, kemudian mengulanginya (lagi) dan yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Apakah di samping Allah ada sembahan selain daripadaNya? Katakanlah, 'Kemukakanlah bukti kebenaranmu, jika kamu orang yang benar.'"
[an-Naml, 27:60-64]
Angka kes bilangan positif Covid 19 semalam mencatatkan hampir 9,000 kes. Ianya meningkatkan kegusaran di kalangan kita.
Ada yang hidupnya seorang diri, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Oleh kerana keadaan sebegini, yang berbaki sedikit itu dicatu untuk dimakan sehari dua.
Ayah-ayah yang bekerja bergaji hari, pasti tangan di dahi. Memikirkan lauk apa yang hendak dijamu kepada anak-anak hari ini.
Ibu ayah dikampung, sudah lama rindu ingin menatap wajah anak cucu. Ingin bermesra meniti hari-hari berbaki.
Demikianlah ujian kita hari ini.
Perkukuhkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Ilahi.
Teruskanlah berdoa dan bertawakal.
Berusaha selagi kudrat masih ada dengan hati yang cekal.
Sesungguhnya janji-janji Allah pasti tiba tanpa gagal.
Lindungi diri, lindungan keluarga.
InsyaAllah, kita akan menang.