Pengetahuan Am : Sakit Kepala dan Pemakanan Yang Sesuai Untuk Sakit Kepala
Pengenalan
Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius.
Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua di antara kita pernah mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia boleh menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita.
Penyebab Sakit Kepala
Berikut adalah keadaan yang menyebabkan sakit kepala :
- Tekanan (tension headache).
- Kemurungan
- Migrain (pengecutan salur darah)
- Penyakit serta ketegangan dalam mata.
- Sakit gigi dan tulang rahang.
- Penyakit berkaitan anggota telinga, hidung dan tekak.
- Kejang otot.
- Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
- Angin ahmar
- Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
- Tekanan darah tinggi
- Pengambilan dadah dan racun
Rawatan
Rawatan bergantung kepada penyebab :
- Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
- Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.
- Cuba teknik bertenang dan urutan.
- Jika migrain, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai pemakanan anda.
- Tangani tekanan anda dengan baik.
- Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
- Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.
Bila Perlu Berjumpa Doktor.
Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan. Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut :
- Demam.
- Pening kepala yang kuat pada umur melebihi 40 tahun.
- Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
- Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
- Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
- Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
- Selepas kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala.
- Kejang tengkuk/leher.
- Khayal/lali.
- Sawan.
- Rasa lemah dan kebas.
- Kabur penglihatan atau buta.
- Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
- Loya, muntah.
- Hilang selera makan dan susut berat badan.
- Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV
Pencegahan
- Tangani tekanan anda dengan baik.
- Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
- Pemakanan seimbang.
- Kerap bersenam.
- Berhenti merokok.
- Amalkan gaya hidup sihat
Sumber : http://www.myhealth.gov.my/sakit-kepala-2/
Anda ingin mencari solusi untuk sakit kepala?
Antara makanan yang baik dalam mengatasi masalah sakit kepala adalah:
- Pengambilan 2 sudu besar Olivie Plus atau ½ sudu teh minyak habbatus sauda kerana ianya dapat memberikan kesan seakan sama seperti ubat penahan sakit, namun dari sumber yang organik.
- Pengambilan 1 sudu besar Cuka Teen yang dibancuh bersama dengan segelas air diambil 2 ke 3 kali sehari kerana Cuka Teen membekalkan zat besi yang akan membantu untuk melancarkan aliran darah.
- Pengambilan 1/3 cawan jus delima atau 1 sudu besar pati delima yang dibancuh dengan segelas air bagi menstabilkan hormon dalam badan.
- Dan jangan lupa pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 2 ke 3 liter sehari (25kg=1L, 50kg=2L, 75kg=3L), Diminum secara berkala sekitar 300-700ml dalam tempoh 1 jam. (Tidak digalakkan minum melebihi 1 Liter dalam masa satu jam kerana dikuatiri membebankan buah pinggang).
Boleh rujuk juga di laman web ini :