Storytelling 17.06.2021 : 5 Kewajipan Yang Anda Mesti Tahu Tentang Madu
✨ Info Aafiyat : 5 Kewajipan Yang Anda Mesti Tahu Tentang Madu
Jom sama-sama kita semak 🤗 :
✅ Tidak dipanaskan
Proses penghasilan madu asli tidak sepatutnya dipanaskan malah tidak perlu dipasteurkan kerana kaedah sebegini akan menghilangkan sebahagian besar kebaikan semulajadi di dalamnya.
Rugi ja korang ‘allocate budget’ kalau dapat madu hampeh ! 😌
✅ Nektar daripada Pelbagai Spesies
Ok, ini bonus besar kalau dapat, sebab sangat SUSAH nak jumpa madu yang disebut Multiflora iaitu Nektar yang dihisap lebah daripada kepelbagaian jenis bunga-bungaan.
Pelbagai jenis bunga akan beri Fitokimia semulajadi daripada bunga yang mewakili peranan untuk daya ketahanan tubuh badan.
✅ Nektar daripada Bunga Yang Bebas Pencemaran
Ok, ini pun durian runtuh untuk anda yang bertuah ! Kebanyakan madu di pasaran Malaysia terdedah nektarnya kepada udara yang tercemar oleh asap kilang & kenderaan.
Sangat susah nak jumpa kawasan bunga-bungaan yang bebas pencemaran kecuali kehidupan penduduk yang sangat tradisional.
✅ Peratusan Kandungan Air Yang Sangat Rendah
Madu yang mengandungi peratusan air yang rendah (bawah 20% berdasarkan Akta Makanan 1983 & CODEX) adalah jenis yang tidak mudah berlaku penapaian yang merendahkan kualiti asalnya dan mudah rosak.
✅ Pengiktirafan Badan Kesihatan
Wajib ada ciri ini jika anda adalah penjual yang mementingkan kualiti iaitulah pengiktirafan tulen, asli dan semulajadi yang disebut ‘Authentic’ oleh KKM.
So, memang confirm KKM akan minta laporan makmal untuk pengesahan ketulenan ini. Tak leh sembang kencang lah ya!
Makanya,
Bagi anda sebagai pengguna mesti dapatkan Madu Asli yang ada ‘Kewajipan’ di atas. Barulah madu itu berkualiti tinggi dan sarat Nnutrisi.
Alhamdulillah, mujur Madu Asli dari Pergunungan Kyrgyzstan keluaran Olive House ada kesemua kewajipan di atas.
Dapatkan segera Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan keluaran Olive House daripada ejen-ejen rasmi di seleruh Malaysia ! Boleh hubungi number di bawah :
[ 013-5000157]
Sumber fakta :
2. https://journals.sagepub.com/doi/full/10.1177/1559325820982423