Bingkisan Jumaat: Adab Makan & Minum Cara Rasulullah saw
Rasulullah saw adalah contoh teladan yang membawa integriti Islam dengan menyentuh seluruh aspek kehidupan. Teladan baginda saw berkaitan dengan pelbagai perkara termasuklah sesuatu yang mungkin kelihatan remeh iaitu pemakanan.
Di antara adab-adab makan yang telah diajar oleh Rasulullah saw adalah :
✅ Tidak mencela makanan yang tidak disukai
✅ Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan
✅ Membaca basmalah dan hamdalah
✅ Makan menggunakan tangan kanan
✅ Tidak bersandar ketika makan
✅ Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang
✅ Menjilat tangan ketika makan
✅ Makan dan minum sambil duduk
✅ Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas
✅ Menutup tempat makan dan minum
Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan Rasulullah saw seharusnya diikuti dan dicontohi untuk kesihatan yang lebih optimum dan kelangsungan hidup yang bermutu.
Rujukan:
(1) HR. Bukhari Muslim
(2) HR. Abu Dawud
(3) HR. Tirmidzi dan Hakim