[Video] Khasiat Polifenol dalam Delima terhadap Penyakit Kardiovaskular
Ramai orang mengenali delima sebagai buah yang kaya dengan nutrien. Tetapi tahukah anda, delima juga mengandungi polifenol iaitu sebatian semula jadi yang terkenal dengan aktiviti antioksidannya?
Apabila radikal bebas berlebihan dalam badan, ia boleh menyerang kolesterol LDL dan menyebabkan proses pengoksidaan berlaku. LDL yang teroksida ini lebih mudah melekat pada dinding arteri dan menyumbang kepada pembentukan plak dari semasa ke semasa.
Menariknya, polifenol dalam delima telah dikaji kerana potensinya membantu melindungi saluran darah daripada kerosakan oksidatif serta menyokong kesihatan kardiovaskular.
🎥 Nak lihat bagaimana proses ini berlaku di dalam salur darah?