[Infografik] Madu dan Semut: Mitos atau Fakta?
Madu & Semut: Mitos atau Fakta?

Ramai percaya kalau madu asli, semut tak akan datang. Sebenarnya, itu mitos.
Semua madu secara semula jadi mengandungi gula seperti fruktosa, glukosa dan sukrosa. Jadi, semut memang boleh tertarik kepada madu — sama ada madu Malaysia atau madu Kyrgyzstan.
Bezanya, kadar semut datang bergantung pada beberapa faktor seperti komposisi gula, aroma, kepekatan, kandungan air, jenis semut dan cara madu disimpan.
Sebab itu, kalau madu Kyrgyzstan lebih cepat dihurungi semut, ia tidak bermaksud madu itu palsu. Mungkin profil gula dan aroma madu tersebut lebih mudah menarik perhatian semut berbanding madu lain.
Yang penting, madu Kyrgyzstan ini juga mempunyai sijil authentic serta pengesahan/kelulusan KKM, jadi penilaian kualiti tidak dibuat berdasarkan “ujian semut” semata-mata, tetapi melalui dokumen dan pengesahan yang lebih reliable.
Kesimpulannya:
Madu dihurung semut tak semestinya palsu.
Madu tak dihurung semut tak semestinya asli.
Ujian semut bukan cara tepat untuk nilai keaslian madu. Semak sumber, sijil, label dan pengesahan produk untuk penilaian yang lebih tepat.