Doa Baginda Rasulullah SAW Kepada Mereka Yang Sakit
Doa Baginda Rasulullah SAW Kepada Mereka Yang Sakit
أنَّ رَسولَ اللَّهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم كانَ إذَا أتَى مَرِيضًا -أوْ أُتِيَ به- قَالَ: أذْهِبِ البَاسَ رَبَّ النَّاسِ، اشْفِ وأَنْتَ الشَّافِي، لا شِفَاءَ إلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا
Maksudnya:
Sesungguhnya Baginda Rasulullah SAW apabila menziarahi orang sakit atau didatangi orang yang sakit, Baginda akan berdoa: "Hilangkanlah rasa sakit Ya Allah, sembuhkanlah, sesungguhnya Engkau Yang Maha Menyembuhkan, tiada lagi kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak akan ada lagi kesakitan selepasnya."
Sahih al-Bukhari (No. 5675)
Kesihatan yang baik adalah idaman setiap daripada kita. Akan tetapi, jatuh sakit adalah suatu perkara yang tidak boleh dihindari.
Berdoalah dengan penuh pengharapan dan keyakinan, agar Allah Asy-Syafie (Yang Maha Menyembuhkan) memberikan kesembuhan, menghapus segala dosa atas kesabaran dan mengangkat darjat insan disisiNya.
Oleh itu, teruskan usaha dan ikhtiar tanpa jemu dalam mencegah dan merawat segala penyakit yang dihidapi.
Rujukan hadith & doa: