• Login
  • Register
Related Topics
Tags:
Vitamin Kanak-Kanak
Suplemen Kanak-Kanak
Imun Kanak-Kanak

[FAQ]VITAKIDS TIGER MILK MUSHROOM

[FAQ]VITAKIDS TIGER MILK MUSHROOM

1. Berapakah umur yang sesuai untuk mengambil produk ini?

Jawapan:

Sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas.

2. Adakah ia mengandungi pewarna atau perisa tiruan?

Jawapan:

Produk ini tidak mengandungi pewarna tiruan atau perisa tiruan. Ia menggunakan perisa oren semula jadi yang didapati daripada Serbuk Jus Oren, dan rasa masam semula jadi produk ini datang daripada Asid Malik, iaitu asid organik gred makanan.

3. Bolehkah diambil bersama produk lain seperti ProKids Probiotic?

Jawapan:

Ya, boleh. Multivitamin ini tidak bertindih fungsi dengan probiotik dan selamat diamalkan bersama.

4. Adakah ia mengandungi gula yang tinggi?

Jawapan:

Tidak. Produk ini tidak menggunakan gula, hanya menggunakan sucralose, pemanis tanpa kalori yang selamat untuk kanak-kanak.

5. Adakah ia sesuai untuk kanak-kanak yang ada masalah kronik seperti jantung atau buah pinggang?

Jawapan:

Sesuai untuk kebanyakan kanak-kanak, namun kanak-kanak dengan penyakit kronik perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang suplemen.

6. Adakah ia boleh menambahkan selera makan kanak-kanak

Jawapan:

Ia membantu meningkatkan tenaga, metabolisme dan fungsi pencernaan, yang secara tidak langsung boleh membantu selera makan menjadi lebih stabil.

7. Adakah ia bahaya jika kanak-kanak terambil secara berlebihan?

Jawapan:

Pengambilan berlebihan biasanya tidak bahaya, tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan perut. Simpan luar jangkauan kanak-kanak untuk elakkan overdose.

8. Bagaimanakah cara pengambilan produk ini?

Jawapan:

2–4 tablet sehari, kunyah sehingga larut sepenuhnya.

9. Bagaimanakah cara penyimpanan produk ini?

Jawapan:

  • Simpan di tempat kering dan sejuk
  • Elakkan cahaya matahari terus
  • Tutup rapat selepas dibuka

10. Apakah khasiat utama produk ini?

Jawapan:

  •  Meningkatkan imun (Acerola extract)
  •  Menyokong fungsi paru-paru & pernafasan (TigerPro™ – Tiger Milk Mushroom)
  •  Anti-radang & antioksidan
  •  Menyokong penghadaman & keselesaan perut
  •  Meningkatkan tenaga & metabolisme
  •  Menyokong tumbesaran dan perkembangan otak
  •  Menguatkan tulang & saraf

11. Apakah perbezaan produk ini berbanding produk lain di pasaran?

Jawapan:

  •  Menggunakan TigerPro™, ekstrak Tiger Milk Mushroom premium
  •  Mengandungi vitamin & mineral lengkap
  •  Menggunakan bahan natural seperti Acerola & Beetroot
  •  Tidak mengandungi gula dan pewarna tiruan

12. Adakah produk ini mempunyai kesan sampingan?

Jawapan:

Produk ini umumnya selamat. Kesan sampingan ringan seperti kembung atau perubahan najis boleh berlaku jika diambil berlebihan.

13. Bagaimana jika anak sedang mengambil ubat / suplemen lain?

Jawapan:

Kebanyakan suplemen selamat digabungkan, tetapi jika anak mengambil ubat, disarankan jarakkan 2 jam antara pengambilan.

14. Bolehkah berlaku overdose?

Jawapan:

Overdose nutrisi adalah jarang, kerana dos setiap tablet adalah rendah. Namun, elakkan mengambil lebih daripada 4 tablet sehari.

15. Adakah produk ini benar-benar selamat?

Jawapan:

Ya. Produk ini:
✓ diformulasi oleh profesional
✓ melalui kawalan kualiti yang ketat
✓ menggunakan bahan nutrisi yang diiktiraf selamat untuk kanak-kanak

16. Bagaimana cara mengenal pasti produk original?

Jawapan:

Pastikan dibeli dari farmasi & ejen yang sah.

17. Pada usia berapakah boleh mula mengambil produk ini?

Jawapan:

Bermula umur 2 tahun.

18. Adakah produk ini mempunyai pensijilan halal?

Jawapan:

Ya, produk ini dihasilkan di kilang bertaraf HALAL dan GMP.

19. Apa berlaku jika tidak diamalkan secara konsisten?

Jawapan:

Kesan seperti imun lebih kuat, tenaga stabil, dan selera lebih baik mungkin perlahan dan tidak optimum.

20. Adakah produk ini dikeluarkan oleh pengusaha Muslim?

Jawapan:

Ya, ia dikeluarkan oleh syarikat Muslim.

21. Berapa lama produk ini bertahan selepas dibuka?

Jawapan:

Tempoh penggunaan adalah sehingga tarikh luput yang tertera pada botol, selagi disimpan dengan betul.

22. Bolehkah diambil bersama produk lain?

Jawapan:

Ya, boleh digabungkan dengan probiotik, minyak ikan, colostrum, vitamin C, dan sebagainya.

23. Adakah produk ini mempunyai sijil KKM?

Jawapan:

Ya, produk ini berdaftar di bawah notifikasi KKM (MAL/NOT).

24. Adakah terdapat bukti saintifik yang menyokong keberkesanan?

Jawapan:

Ya.

  • Tiger Milk Mushroom (Lignosus rhinocerus) terkenal dengan kajian imun & pernafasan. Satu kajian klinikal manusia mendapati suplemen TMM secara signifikan mengurangkan simptom pernafasan dan penanda keradangan, serta meningkatkan fungsi paru-paru dan kapasiti antioksidan (Tan et al., 2021).
  • Acerola diiktiraf sebagai salah satu sumber semula jadi terbaik vitamin C, dengan kajian menunjukkan sebatiannya termasuk flavonoid mempunyai aktiviti anti-radang yang lebih baik berbanding vitamin C sahaja (Li et al., 2024).
  • B-Vitamins menyokong otak dan metabolisme. Penyelidikan metabolomik menunjukkan B-vitamin mempengaruhi laluan metabolik utama yang penting untuk homeostasis tenaga otak (Spence et al., 2025).

25. Perlu diambil sebelum atau selepas makan?

Jawapan:

Boleh diambil bila-bila masa, namun lebih baik selepas makan untuk penyerapan optimum.

26. Adakah produk ini menjalani ujian makmal (lab test)?

Jawapan:

Ya, produk melalui ujian kualiti, kestabilan, pencemaran mikrobiologi sebelum dipasarkan.

27. Apakah Malic Acid yang digunakan dan sumbernya?

Jawapan:

Malic Acid ialah asid organik semula jadi yang wujud dalam buah-buahan seperti epal. Ia digunakan sebagai acidulant untuk memberikan rasa masam yang natural.

28. Adakah Malic Acid dalam produk ini daripada buah tertentu?

Jawapan:

Tidak. Malic Acid yang digunakan adalah food-grade, diperoleh melalui proses penapaian selamat bukan diekstrak terus daripada buah tertentu, tetapi struktur kimianya sama seperti yang terdapat dalam buah-buahan.

Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary