• Login
  • Register
Related Topics
Tags:
Hipertensi Malignan
Kerosakan Organ
Tekanan Darah Kritikal
Kecemasan Hipertensif
Rawatan Segera

[Artikel] Hipertensi Malignan

Artikel Hipertensi Malignan

Ini adalah suatu keadaan yang sama dengan kecemasan hipertensif yang disertai dengan komplikasi (seperti mata). Ciri-ciri hipertensi ini ialah penglibatan arteri kecil yang akhirnya menyebabkan kerosakan organ. Hipertensi malignan melibatkan penglibatan arteri kecil dan kerosakan organ akibat tekanan darah yang sangat tinggi, biasanya sistolik > 180 mmHg dan diastolic > 120 mmHg, disertai retinopati darjah III atau IV, kegagalan buah pinggang, atau komplikasi neurologi seperti ensefalopati.

Hasil kajian Van den Born et al. (2005) menyatakan bahawa arteri kecil mengalami kecederaan endothelium, nekrosis fibrinoid, dan pembentukan trombus mikro yang akhirnya merosakkan organ. Retinopati, nefropati akut, dan ensefalopati adalah manifestasi utama.

Walaupun hipertensif dan hipertensif malignan mempunyai asas atau patologi yang berbeza, kedua-duanya membawa kepada “kerosakan organ hipertensi” dan risiko kardiovaskular meningkat. Walaupun kedua-duanya melibatkan tekanan darah tinggi, hipertensi esensial biasanya berkembang perlahan dan tidak menyebabkan kerosakan organ secara akut. Sebaliknya, hipertensi malignan adalah bentuk akut dan agresif yang memerlukan intervensi segera.

Lip & Beevers (1994) menekankan bahawa perbezaan utama terletak pada kadar perkembangan dan keterukan kerosakan organ, di mana hipertensi malignan melibatkan perubahan vaskular yang ketara dalam masa yang singkat.

Untuk mengawal hipertensi malignan, melibatkan 24 jam pengawalan tekanan darah yang ketat. Penurunan tekanan darah harus berlaku secara berperingkat untuk menggelakkan iskemia organ:

  • 6 jam pertama: Turunkan tekanan darah MAP tidak melebihi 25%.
  • 24–48 jam: Capai tekanan darah sekitar 160/100 mmHg.

Varon & Marik menyarankan penggunaan ubat IV seperti labetalol, nicardipine, dan nitroprusside. Pemantauan rapi fungsi buah pinggang, jantung, dan status neurologi juga penting.

 

Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary