Kenapa Perlu Minum Air Ketika Berdiet?
KENAPA PERLU MINUM AIR KETIKA BERDIET?
Jika kita tidak minum air kosong secukupnya,sebenarnya kita gagal dalam berdiet.
Ramai yang takut minum air kosong.Antaranya bimbang kerana terpaksa berulang kali ke tandas.
Saya kerap berjenaka,"Akak suka berulang ke hospital atau berulang ke tandas?"
Buang air kecil (akibat minum air kosong secukupnya) dapat mengelak dari penyakit dan mengawal penyakit lebih baik.
Ini kerana banyak toksin dikeluarkan dari tubuh melalui air kencing.
Toksin yang dikeluarkan adalah ammonia, uric acid, creatine dan creatinine.
Ia juga mengeluarkan mineral yang berlebihan seperti sodium,secara tak langsung membantu menurunkan tekanan darah.
Dengan ini membantu pesakit hipertensi dan gout mengawal penyakit mereka dengan lebih baik.
Pengambilan air kosong yang cukup akan meningkatkan metabolisma (secara tidak langsung dapat menurunkan berat badan),membantu penghadaman dan memberikan kesegaran pada tubuh.
Selalu saya berikan saranan pengambilan 2L setiap hari itu adalah hanya panduan yang mana mungkin kita boleh tingkatkan atau kurang berdasarkan keperluan kita.
Jadi bila lapar cuba minum air kosong dulu.Buat habit minum satu gelas air setiap dua jam.Dalam perspektif diet,ia membantu menurunkan berat badan.