• Login
  • Register
Related Topics
Punca Serangan Jantung Di Malaysia
Info Aafiyat: Makanan Baik Untuk Kesihatan Jantung
Aafiyat Sharing: Tanda-Tanda Awal Penyakit Jantung yang Perlu Kita Ambil Tahu
Aafiyat Cakna: Kurang Tidur Tingkatkan Risiko Penyakit Jantung
Aafiyat Sharing: Kehidupan Selepas Serangan Jantung Ibarat Peluang Kedua
Tags:
Serangan Jantung
Tanda Serangan Jantung
Infarksi Miokardium
Kesihatan Jantung
Penyakit Jantung
Silent Heart Attack
Gejala Sakit Dada
Risiko Serangan Jantung

[Artikel] Tanda-tanda Serangan Jantung

Artikel Tanda-tanda Serangan Jantung

Serangan jantung atau infarksi miokardium (MI) berlaku apabila aliran darah ke otot jantung tersekat, biasanya disebabkan oleh plak aterosklerotik yang pecah dan menyebabkan trombus. Pengesanan awal melalui tanda dan gejala amat penting kerana kelewatan rawatan boleh meningkatkan risiko kematian. Walaupun sakit dada klasik sering dianggap gejala utama, kajian saintifik menunjukkan bahawa tanda-tanda boleh berbeza mengikut individu, termasuk serangan jantung tanpa gejala jelas (silent heart attack).

Gejala Serangan Jantung

Simptom utama yang sering dilaporkan ialah sakit dada menekan atau menghancurkan yang boleh merebak ke lengan kiri, bahu, belakang, atau rahang. Gejala ini sering disertai peluh sejuk, loya, muntah, dan sesak nafas.
Hasil penelitian Canto et al. (2000) terhadap lebih 430,000 pesakit mendapati bahawa walaupun sakit dada merupakan simptom yang paling kerap, ia tidak berlaku dalam semua kes. Malah, mereka melaporkan bahawa 33% wanita dan warga emas mengalami serangan jantung tanpa sakit dada, menjadikan pengesanan lebih sukar.

Serangan Jantung Senyap

Kira-kira 25% serangan jantung berlaku secara “senyap” tanpa gejala ketara. Serangan ini tetap merosakkan otot jantung dan meningkatkan risiko komplikasi jangka panjang. Kajian oleh DeTorbal et al. (2012) menunjukkan bahawa pesakit yang mengalami serangan jantung senyap mempunyai risiko kematian 3 kali ganda lebih tinggi dalam tempoh lima tahun berbanding pesakit yang mengalami gejala klasik. Selain itu, Sheifer et al. (2000) pula mendapati bahawa silent MI lebih kerap berlaku dalam kalangan pesakit diabetes dan warga emas, yang mungkin disebabkan oleh neuropati autonomi yang mengurangkan persepsi sakit.

Implikasi klinikal

Penemuan ini menegaskan bahawa tidak semua serangan jantung dapat dikenal pasti melalui gejala klasik. Kewaspadaan tinggi diperlukan terutama pada individu berisiko tinggi seperti wanita, warga emas, dan pesakit diabetes. DeTorbal et al., 2012, mandapat pemeriksaan tambahan seperti ECG, biomarker troponin, atau ekokardiografi adalah penting untuk diagnosis tepat pada kumpulan ini. Tanda-tanda serangan jantung tidak semestinya seragam pada semua individu. Walaupun sakit dada yang menjalar ke bahagian tubuh lain merupakan gejala paling lazim, sebahagian besar pesakit, terutamanya wanita, warga emas, dan pesakit diabetes, boleh mengalami serangan jantung senyap tanpa simptom jelas.

Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary