Info Aafiyat: Apa yang berlaku pada badan kita semasa berpuasa?
Pada bulan Ramadan, corak pemakanan, tidur dan aktiviti harian berubah dengan ketara. Perubahan ini mempengaruhi fungsi organ badan, darah dan cecair.
Bagaimana puasa boleh membantu menurunkan berat badan dan kolesterol?
Kebiasaannya, badan mengambil masa kira-kira 8 jam untuk mencerna makanan dan menyerap semua nutrien. Selepas 8 jam, badan akan masuk ke dalam fasa puasa dan mula menggunakan glukosa yang tersimpan sebagai tenaga. Selepas glukosa, badan akan menggunakan lemak sebagai tenaga.
Hasilnya, kita akan kehilangan berat badan dengan lebih cepat dan mengurangkan kolesterol dalam darah, mengurangkan risiko kencing manis dan juga tekanan darah tinggi.
Rujukan: Attarzadeh Hosseini SR et al.The Effects of Ramadan Fasting and Physical Activity on Body Composition, Serum Osmolarity Levels and Some Parameters of Electrolytes in Females. Int J Endocrinol Metab.2013;11 (2): 88-94
Untuk lebih menyokong badan menggunakan lemak sebagai tenaga, boleh amalkan minum satu sudu Cuka Tin bersama dengan satu sudu Pati Delima dicampurkan dengan satu cawan air kosong(200ml).