Bagaimana Membuat Air Elektrolit Untuk Mengelakkan Letih, Sakit Kepala Dan Kejang Otot Ketika Melakukan Diet Intermittent Fastiing?
Bagaimana Membuat Air Elektrolit Untuk Mengelakkan Letih, Sakit Kepala Dan Kejang Otot Ketika Melakukan Diet Intermittent Fastiing?
Antara masalah kecil ketika melakukan diet Intermittent Fasting untuk pertama kali adalah rasa mual, letih, sakit kepala dan kejang otot.
Ia dapat dielakkan jika kita minum air yang secukupnya.
Minum air elektrolit buatan sendiri yang mudah dapat mengelakkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan rasa tidak selesa ini.
Ia selalunya berlangsung dalam seminggu sahaja.
Campurkan air kosong, garam Celtic atau garam Himalaya, dan jus lemon boleh digunakan untuk membuat minuman elektrolit ini.
Boleh tambah cuka teen bagi menambahkan kebaikan untuk kesihatan perut dan usus.
Saya minum setiap pagi pada perut kosong sebaik bangun tidur.
Bahan-bahan ini menyediakan elektrolit penting seperti natrium, kalium, dan magnesium, yang penting untuk mengekalkan penghidratan yang betul dan menyokong pelbagai fungsi tubuh.
Garam Celtic atau garam Bukit Himalaya menyediakan natrium, potassium dan magnesium manakala lemon pula menyumbang vitamin C dan rasa yang menyegarkan.
Minuman ini boleh digunakan ketika cirit-birit, dan menambah elektrolit selepas aktiviti fizikal atau dalam kes dehidrasi di musim panas.