• Login
  • Register
Related Topics
FAQ Olivie Plus 30x
FAQ Tocotrienol
FAQ Keguguran
FAQ Penyakit Saraf
FAQ Penyakit HIV
Tags:
FAQ

FAQ DE VENUS VITA-LITE MEAL REPLACEMENT STRAWBERRY

FAQ De Venus Vita Lite Meal Replacement Strawberry

Soalan 1

Bagi 1 sachet pengambilan, kalorinya bersamaan dengan makanan apa?

Jawapan:

Satu sachet (25 g) menyediakan kira-kira 107 kcal, bersamaan dengan

  •  ½ mangkuk kecil nasi putih (sekitar 80–90 g)
  •  1 keping roti putih bersaiz sederhana
  •  atau 1 cawan susu rendah lemak (200 ml)

Ia memberikan nutrisi lengkap dengan tenaga yang lebih terkawal berbanding makanan biasa yang tinggi lemak dan gula.

Soalan 2

Bahan apa yang menyebabkan rasa kenyang lebih lama, dan adakah bahan itu bahaya?

Jawapan:

Rasa kenyang datang daripada gabungan guar gum, konjac gum, dan oat powder, yang kaya dengan serat larut (soluble fiber). Serat ini membentuk gel dalam perut, melambatkan pengosongan gastrik dan menstabilkan paras gula darah.Ia tidak berbahaya, semua bahan ini diluluskan oleh badan keselamatan makanan antarabangsa (GRAS) dan digunakan meluas dalam formula nutrisi moden.

Soalan 3

Adakah ianya sesuai untuk pesakit gastrik atau diabetes?

Jawapan:

Ya. Kandungan serat larut dan MCT lipid powder membantu menstabilkan gula darah tanpa menaikkan paras glukosa secara mendadak. Bagi gastrik, produk ini bersifat lembut pada perut dan tidak mengandungi kafein atau bahan merangsang asid, maka umumnya selamat diambil.

Soalan 4

Seawal umur berapa boleh mengambil produk ini?

Jawapan:

Ia sesuai diambil oleh individu berusia 12 tahun ke atas, dengan syarat mempunyai keperluan nutrisi atau kawalan berat badan yang sesuai.Bagi remaja berumur 12–17 tahun, pengambilan boleh dipertimbangkan hanya sebagai snek sihat atau pengganti satu hidangan ringan, bukan sebagai pengganti makanan utama setiap hari. Ini kerana fasa remaja masih memerlukan tenaga dan nutrien lengkap untuk pertumbuhanManakala .≥18 tahun & dewasa: boleh diamalkan sebagai pengganti hidangan penuh (contohnya sarapan atau makan malam).

Soalan 5

Adakah ia boleh diamalkan oleh pesakit buah pinggang?

Jawapan:

Pesakit buah pinggang (terutama dialysis) perlu rujuk doktor terlebih dahulu, kerana keperluan protein dan elektrolit mereka berbeza.

Soalan 6

Bolehkan diambil oleh wanita menyusukan anak atau dalam pantang?

Jawapan:

Ia selamat diambil oleh wanita berpantang dan ibu menyusu, kerana tidak mengandungi bahan yang mengganggu penghasilan susu.

Untuk ibu menyusu (baru berpantang): Boleh diambil apabila tiada selera makan atau kesuntukan masa; contohnya, sebagai pengganti sarapan cepat.

Namun, tidak disarankan menggantikan semua hidangan utama, kerana ibu menyusu masih memerlukan sumber tenaga dan nutrien lengkap dari makanan sebenar (sekitar tambahan 400 kcal sehari).

Untuk ibu menyusu (sudah lama berpantang): Jika ingin mengawal berat badan, produk ini boleh diamalkan secara harian sebagai pengganti 1 hidangan, sambil memastikan pengambilan air mencukupi dan pemakanan seimbang sepanjang hari.

Soalan 7

Bagaimanakah cara pengambilan produk ini?

Jawapan:

Campurkan 1 sachet dengan 150 ml air sejuk/ suhu bilik, goncang hingga larut dan minum segera. Boleh dijadikan pengganti sarapan, makan tengah hari, makan malam atau snek.

Soalan 8

Bagaimanakah cara penyimpanan produk ini?

Jawapan:

Simpan di tempat kering, sejuk dan jauh dari cahaya matahari. Elakkan kelembapan bagi mengekalkan kualiti serbuk.

Solan 9

Apakah khasiat produk ini?

Jawapan:

  •  Membekalkan tenaga seimbang dan nutrien lengkap.
  •  Menggalakkan rasa kenyang lebih lama.
  •  Menyokong kesihatan usus melalui serat dan prebiotik.
  •  Membantu kawal berat badan dan selera makan.
  •  Menyokong tenaga mental melalui MCT lipid powder.

Soalan 10

Apakah perbezaan produk ini berbanding produk lain di pasaran?

Jawapan:

Berbeza dengan kebanyakan meal replacement di pasaran yang hanya tinggi serat untuk memberi rasa kenyang, De Venus Vita-Lite diformulasi lebih seimbang, ia menggabungkan serat larut (guar & konjac gum) bersama MCT lipid powder sebagai sumber tenaga pantas untuk otak dan tubuh.Ditambah dengan Morosil® HIA dan Citrus aurantium extract, produk ini bukan sekadar membantu kawalan berat badan, tetapi juga menyokong metabolisma, tenaga mental dan kesihatan usus secara menyeluruh, tanpa bergantung padabahan laksatif menyebabkan kehilangan air dan elektrolit.

Soalan 11

Boleh diambil serentak dengan ubat?

Jawapan:

Secara umum, Vita-Lite Strawberry boleh diambil bersama ubat, tetapi disarankan jarak sekurang-kurangnya 2 jam antara pengambilan. Ini kerana kandungan serat larut (guar gum, konjac gum) boleh melambatkan atau mengurangkan penyerapan sesetengah ubat.

Boleh diambil hampir serentak (selamat):

  • Vitamin, supplement mineral biasa, atau ubat simptom ringan (contoh: paracetamol, antihistamin).
  • Ubat sapuan atau sedutan (contoh: inhaler, krim topikal).

Perlu dijarakkan sekurang-kurangnya 2 jam:

  • Ubat diabetes (contoh: metformin, gliclazide) – serat boleh ubah kadar penyerapan glukosa.
  • Ubat tiroid (levothyroxine) – sangat sensitif terhadap serapan.
  • Ubat tekanan darah & kolesterol (seperti amlodipine, atorvastatin). Ubat antibiotik tertentu (tetracycline, ciprofloxacin) – boleh berinteraksi dengan komponen serat dan mineral.

Soalan 12

Apa berlaku jika diambil melebihi dos disyorkan?

Jawapan:

Tiada kesan toksik, namun pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kembung atau ketidakselesaan perut kerana kandungan serat tinggi.

 Soalan 13.

Adakah sesuai untuk kanak-kanak?

Jawapan:

Tidak disarankan untuk bawah 12 tahun, kecuali atas nasihat profesional kesihatan.

Soalan 14

Pada usia berapakah individu digalakkan mula mengambil produk ini?

Jawapan:

Pengambilan produk ini digalakkan bermula dari usia 18 tahun ke atas, terutamanya bagi individu dewasa yang ingin mengawal berat badan, meningkatkan tenaga, atau menambah serat dalam diet harian.Bagi remaja 12–17 tahun, pengambilan hanya digalakkan jika perlu, contohnya sebagai snek sihat sekali-sekala dan bukan pengganti hidangan utama.

Soalan 15

Kenapa berat badan belum berubah selepas mengambil produk ini?

Jawapan:

Vita-Lite bukan “produk kurus segera”. Keberkesanannya bergantung pada jumlah kalori harian, gaya hidup, aktiviti fizikal, serta metabolisme tenaga individu.Produk ini membantu dari segi:

  • Rasa kenyang dan kawalan pengambilan makanan
  • Menyokong metabolisme tenaga untuk penggunaan kalori harian
  • Psikologi makan, membantu individu lebih sedar tentang tabiat makan dan pilihan makanan.

Oleh itu, untuk hasil optimum, pengambilan Vita-Lite perlu digabungkan denganVitalite Fibre Detox bersama diet seimbang dan aktiviti fizikal yang konsisten.

Soalan 16

Bagaimana mengenal pasti produk original?

Jawapan:

De Venus Vita-Lite eksklusif dan sukar ditiru, hanya dijual di Farmasi Kaisar
atau agen sah. Dikilangkan di fasiliti GMP & MESTI dengan packaging rasmi
lengkap.

Soalan 17

Boleh diambil ketika datang haid?

Jawapan:

Ya, tiada masalah. Kandungan serat dan makronutrien seimbang dalam produk ini boleh membantu mengekalkan tenaga harian semasa haid.

Produk ini tidak mengganggu hormon, tidak menyebabkan pendarahan lebih banyak, dan tidak memburukkan senggugut. Ia juga diformulasi untuk mudah dihadam, jadi tidak menimbulkan sakit perut walaupun diambil semasa haid.


Soalan 18

Sesuai untuk individu yang mudah alahan?

Jawapan:

Umumnya selamat, tetapi semak label jika anda sensitif terhadap oat, gandum atau protein tumbuhan. Hentikan penggunaan jika timbul reaksi alahan.

Soalan 19

Adakah produk ini mempunyai kesan sampingan jangka panjang?

Jawapan:

Tiada bukti menunjukkan kesan sampingan jangka panjang. Semua bahan dalam produk ini adalah daripada sumber makanan sebenar dan selamat untuk pengambilan harian.

Produk ini direka untuk memberi kemudahan pengambilan nutrien, bahan daripada makanan harian dijadikan dalam bentuk minuman yang mudah dan praktikal.

Soalan 20

Adakah sesuai untuk pesakit tekanan darah tinggi?

Jawapan:

Ya. Produk ini rendah natrium dan tidak mengandungi kafein atau bahan perangsang tekanan darah

Soalan 21

Adakah pesakit kanser boleh mengambilnya?

Jawapan:

Secara umum, Vitalite Strawberry selamat untuk pesakit kanser kerana kandungan fibre bertindak lembut pada sistem penghadaman. Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan bagi memastikan produk ini sesuai dengan keadaan kesihatan individu.

Produk ini boleh membantu menambah tenaga dan nutrisi, terutamanya bagi pesakit yang mengalami selera makan rendah.

Soalan 22

Adakah produk ini mempunyai pensijilan halal?

Jawapan:

Ya. Diperbuat daripada bahan mentah yang disahkan halal dan dikilangkan di fasiliti bertaraf GMP & Halal.

Soalan 23

Apa berlaku jika tidak diamalkan secara konsisten?

Jawapan:

Jika tidak diamalkan secara konsisten, beberapa perubahan sementara mungkin berlaku:

  • Pembuangan: Mungkin berkurang jika pengambilan serat dari sumber lain juga rendah.
  • Selera makan: Rasa kenyang mungkin berkurang kerana produk membantu kawal pengambilan makanan.
  • Berat badan: Sekiranya digabungkan dengan diet dan gaya hidup, penghentian produk boleh memberi kesan kecil pada kawalan berat badan.

Keadaan ini adalah normal dan sementara, dan boleh diperbaiki dengan mengembalikan pengambilan serat dan nutrien lain dalam diet harian.

Soalan 24

Sampai bila perlu diambil?

Jawapan:

Boleh diamalkan selagi diperlukan untuk kawalan berat, tenaga atau kesihatan usus. Ia sesuai untuk penggunaan jangka panjang.

Soalan 25

Boleh diambil bersama produk lain?

Jawapan:

Ya, boleh diambil bersama vitamin harian atau suplemen lain. Walau bagaimanapun, kerana produk ini adalah Meal Replacement tinggi serat, beberapa perkara perlu diperhatikan:

Serat yang tinggi boleh mempengaruhi penyerapan beberapa mineral. Sebaiknya jarakkan pengambilan 1–2 jam antara Meal Replacement dan suplemen mineral.

Tidak disyorkan mengambil produk serat tambahan lain secara serentak, untuk elak ketidakselesaan perut atau kembung.

Untuk suplemen seperti vitamin larut air (C, B-complex), boleh diambil bersama tanpa masalah.

Secara ringkas, Meal Replacement tinggi serat selamat digabungkan dengan suplemen lain, asalkan diperhatikan jarak masa dan jenis suplemen untuk keberkesanan optimum.

Soalan 26

Adakah produk ini mempunyai sijil KKM?

Jawapan:

De Venus Vita-Lite dikategorikan sebagai produk makanan kesihatan dan
berdaftar di bawah BKKM (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM).

Soalan 27

Adakah terdapat bukti saintifik menyokong keberkesanan produk ini?

Jawapan:

Ya. Produk ini mengandungi Morosil® (ekstrak Moro Orange), MCT, dan Konjac Gum, yang telah dikaji dalam jurnal saintifik:

  • Morosil®: Menyokong pengurangan lemak dan berat badan.
  • MCT: Memberi tenaga cepat dan membantu rasa kenyang.
  • Konjac Gum (Glucomannan): Serat larut yang meningkatkan rasa kenyang dan membantu kawal pengambilan kalori.


Apabila digabungkan dengan diet seimbang dan gaya hidup aktif, bahan-bahan ini dapat menyokong pengurusan berat badan dan metabolisme tenaga secara semulajadi.

Soalan 28

Adakah sesuai untuk pesakit GERD?

Jawapan:

Umumnya selamat. Serat larut membantu menstabilkan pH perut, namun pesakit GERD dinasihatkan untuk minum sebagai pengganti satu hidangan ringan (seperti sarapan/ snek), bukan pengganti hidangan utama yang besar pada awal pengambilan.

Soalan 29

Adakah selamat diambil selepas pembedahan?

Jawapan:

Ya, selepas badan pulih sepenuhnya. Produk ini lembut pada sistem pencernaan.

Soalan 30

Perlukah dijarakkan dengan ubat hospital?

Jawapan:

Kebanyakan ubat harian selamat diambil serentak dengan Meal Replacement ini.
Namun, untuk ubatan tertentu (contoh: ubat tiroid, zat besi, atau antibiotik tertentu), disyorkan jarakkan sekurang-kurangnya 2 jam bagi mengelakkan gangguan penyerapan.
Jika ragu-ragu, runding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum pengambilan.

Soalan 31

Adakah pesakit kronik boleh mengamalkan produk ini?

Jawapan:

Boleh, dengan nasihat doktor. Produk ini mengandungi nutrien seimbang tanpa bahan aktif ubat.

Soalan 32

Perlu diambil sebelum atau selepas makan?

Jawapan:

Boleh diambil menggantikan waktu makan utama atau sebagai snek. Jika digunakan sebagai tambahan tenaga, ambil antara waktu makan.

Soalan 33

Adakah produk ini menjalani ujian makmal (lab test)?

Jawapan:

Ya. Semua batch produk menjalani ujian mikrobiologi, logam berat dan kestabilan kualiti di makmal berakreditasi.

Soalan 34

Adakah mengandungi sucralose atau pemanis lain?

Jawapan:

Produk ini menggunakan pemanis semulajadi (stevia), selamat untuk pengguna biasa dan pesakit diabetes.

Soalan 35

Adakah selamat untuk ibu mengandung, menyusu badan, atau pesakit dialysis?

Jawapan:

  • Ibu mengandung (trimester kedua dan ketiga) – selamat, tetapi bukan sebagai pengganti makanan utama.
  • Ibu menyusu – selamat, selagi keperluan kalori harian dipenuhi untuk memastikan penghasilan susu dan tenaga harian mencukupi.
  •  Pesakit dialysis – perlu rujuk doktor sebelum pengambilan.

Soalan 36

Adakah sesuai untuk individu yang telah buang appendiks atau pundi hempedu?

Jawapan:

Ya. Produk ini selamat kerana tidak mengandungi bahan yang merangsang hempedu atau usus secara agresif. Namun, bagi yang baru menjalani pembedahan, tunggu sehingga pulih sepenuhnya sebelum mula mengambil sebarang suplemen.

Soalan 37

Adakah kandungan MCT lipid powder dari palm atau coconut?

Jawapan:

MCT lipid powder dalam Vita-Lite diperoleh daripada sumber minyak kelapa (coconut-derived).

Soalan 38

Adakah Vita-Lite Meal Replacement tergolong dalam produk “detox”?

Jawapan:

Ya, Vita-Lite boleh memberi sedikit kesan detox ringan kerana kandungan seratnya membantu pencernaan dan pembuangan lebih lancar.

Namun, fungsi utama produk ini adalah sebagai Meal Replacement, menyediakan nutrisi seimbang, membantu rasa kenyang lebih lama, dan menyokong kawalan berat badan secara sihat.

Bagi mereka yang ingin fokus sepenuhnya pada detox, produk dari rangkaian Vitalite Detox lebih sesuai.

Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary