• Login
  • Register
Related Topics
FAQ Olivie Plus 30x
FAQ Tocotrienol
FAQ Keguguran
FAQ Penyakit Saraf
FAQ Penyakit HIV
Tags:
FAQ
DE VENUS VITA-LITE PRUNE JELLY

FAQ DE VENUS VITA-LITE PRUNE JELLY

                           FAQ De Venus Vita Lite Prune Jelly

Soalan 1

Bilakah waktu terbaik untuk mengambilnya?

Jawapan:

Ambil sebelum sarapan atau sebelum tidur. Waktu ini membantu mengaktifkan pergerakan usus, menyokong pencernaan dan meningkatkan rasa kenyang.

Soalan 2

Adakah ia sesuai untuk wanita hamil atau menyusu?

Jawapan:

Ya, ia selamat untuk:

  • Wanita hamil trimester kedua dan ketiga
  •  Ibu menyusu

Namun ia bukan minuman harian untuk ibu hamil, hanya diambil bila ada isu usus seperti sembelit atau tidak lawas.

Soalan 3

Adakah ia menyebabkan “sugar spike”, terutama bagi pesakit diabetes?

Jawapan:

Tidak. Vita-Lite Prune Jelly tidak menyebabkan peningkatan gula secara mendadak kerana:

  • Prune dan serat larut yang tinggi mempunyai indeks glisemik rendah, menjadikan pelepasan gula lebih perlahan dan stabil.
  • Kandungan serat, inulin dan gum botani membantu melambatkan penyerapan karbohidrat, sekali gus mengurangkan risiko “sugar spike”. Walaupun rasa jelly ini sedap dan manis secara semula jadi, manis tersebut datang daripada concentrate prune/berry, bukan gula tambahan.Pesakit diabetes boleh mengambilnya sebagai sebahagian daripada diet terkawal.

Soalan 4

Berapa lama perlu diambil untuk nampak kesan?

Jawapan:

Kesan pada sistem pencernaan biasanya dirasai dalam 1–3 hari, bergantung kepada pengambilan air, serat harian dan rutin diet individu.

Namun, untuk kesan penurunan berat badan, tempoh yang diperlukan adalah lebih panjang kerana ia bergantung kepada:

  •  konsistensi pengambilan
  •  kawalan kalori harian
  •  jenis makanan yang diambil
  •  tahap aktiviti fizikal


Secara umum, perubahan awal seperti rasa kenyang lebih lama dan selera makan terkawal boleh dirasai dalam 3–7 hari. Kesan penurunan berat badan yang lebih ketara biasanya dapat dilihat dalam 4 minggu, boleh disertakan dengan Vitalite Meal Replacement, gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Soalan 5 

Apakah pantang larang supaya produk ini lebih berkesan?

Jawapan:

  •  Minum air mencukupi (1.5–2L sehari)
  •  Kurangkan makanan tinggi lemak & bergoreng
  •  Elakkan kopi berlebihan
  •  Elakkan makan terlalu lewat malam

Soalan 6

Adakah ia sesuai untuk kanak-kanak? Jika tidak, umur berapa sesuai?

Jawapan:

Tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil. Sesuai umur 12 tahun ke atas.

Soalan 7

Adakah produk ini menyebabkan cirit-birit?

Jawapan:

Tidak, Vita-Lite Prune Jelly tidak menyebabkan cirit-birit bagi kebanyakan individu kerana ia bukan julap dan menggunakan serat serta prebiotik yang bekerja secara semula jadi.
Namun, cirit-birit ringan dan sementara boleh berlaku pada individu yang:

  •  tidak biasa mengambil serat harian
  • kurang minum air
  • mempunyai usus yang sensitif, atau mengambil dos yang terlalu tinggi pada permulaan.

Jika berlaku, ia biasanya hanya dalam 1–2 hari pertama sebagai proses tubuh menyesuaikan diri.

Cara mengawal:

  • Mulakan dengan selang seli hari
  •  Tingkatkan pengambilan air
  • Ambil selepas makan jika perut sensitif

Soalan 8

Bolehkah diambil bersama Vita-Lite Meal Replacement untuk kesan maksimum?

Jawapan:

Ya, boleh. Kedua-dua produk ini memang saling melengkapi dan bekerja pada fungsi berbeza dalam badan:

Vita-Lite Prune Jelly

  • Fokus kepada serat, prebiotik, dan pergerakan usus.

 Membantu proses detox semula jadi, mengurangkan sembelit, dan menyokong kesihatan hati-usus.

Vita-Lite Meal Replacement

  •  Memberikan nutrisi lengkap, membantu rasa kenyang lebih lama, dan menyokong  kawalan kalori untuk penurunan berat badan yang sihat.

Gabungan kedua-duanya membantu tubuh:

  •  Melancarkan pencernaan
  •  Mengurangkan kembung
  •  Menstabilkan selera makan
  •  Menyokong pengurusan berat badan dengan lebih efektif

Soalan 9

Adakah ia sesuai untuk pesakit buah pinggang?

Jawapan:

Umumnya rendah risiko, tetapi pesakit CKD atau dialysis perlu berbincang dengan doktor dahulu.

Soalan 10

Bagaimanakah cara pengambilan?

Jawapan:

Ambil 1 sachet sehari, terus daripada pek. Untuk hasil optimum, digalakkan diambil pada waktu malam sebelum tidur, kerana tempoh rehat membantu proses pencernaan dan pergerakan usus menjadi lebih teratur pada keesokan pagi.

Soalan 11

Bagaimanakah cara penyimpanan?

Jawapan:

Simpan di tempat sejuk, kering, jauh dari cahaya matahari. Boleh disimpan dalam peti untuk rasa lebih sedap.

Soalan 12

Apakah khasiat produk ini?

Jawapan:

  •  Menambah serat harian
  •  Melancarkan pencernaan & mencegah sembelit
  •  Menyokong penurunan berat badan (rasa kenyang lebih lama)
  •  Antioksidan tinggi (prune, lemon, green tea)
  •  Menyokong kesihatan jantung & kolesterol
  •  Menyokong pertumbuhan bakteria usus baik (prebiotik inulin)
  •  Meningkatkan imun secara tidak langsung melalui gut

Soalan 13

Apakah perbezaan produk ini dengan produk lain di pasaran?

Jawapan:

  • Gabungan serat larut + tidak larut + prebiotik
  • Berasaskan fruit concentrate Italy berkualiti tinggi
  •  Menggunakan green tea extract (termogenik) membantu meningkatkan metabolisma dan pembakaran lemak secara semula jadi.
  • Tiada laxative (julap) kuat → tidak sebabkan kebergantungan
  •  Formulasi botanical + antioxidant-rich

Soalan 14

Adakah produk ini mempunyai kesan sampingan?

Jawapan:

Kesan ringan seperti cirit-birit atau kerap ke tandas mungkin berlaku, dan ini adalah reaksi normal akibat peningkatan serat.


Soalan 15

Jika sedang ambil ubat, bolehkah diambil serentak?

Jawapan:

Boleh, tetapi jarakkan 2 jam kerana serat boleh mengganggu penyerapan ubat tertentu.

Soalan 16 

Apa yang berlaku jika diambil melebihi dos? Boleh overdose?

Jawapan:

Overdose jarang berlaku. Pengambilan berlebihan mungkin menyebabkan:

  •  Cirit-birit
  •  Kekejangan perut
  •  Dehidrasi ringan
  •  Hentikan sementara dan tingkatkan hidrasi.

Soalan 17

Adakah produk ini mengandungi gula?

Jawapan:

Mengandungi gula semula jadi dari buah (prune). Tiada gula putih ditambah.

Soalan 18

Kenapa selepas mengambil masih belum nampak perubahan (berat badan)?

Jawapan:

1. Kurang tidur mengganggu hormon kenyang & lapar – Ghrelin naik (buat cepat lapar), leptin turun (kurang rasa kenyang), menjadikan defisit kalori sukar dicapai.

2. Tabiat makan tidak teratur – Pengambilan kalori berlebihan, makanan tinggi gula/lemak atau makan lewat malam menjejaskan keberkesanan fiber.

3. Konsistensi tidak cukup lama – Fiber bertindak secara kumulatif; proses pembaikan usus dan kawalan selera mengambil masa beberapa minggu.

Soalan 19

Bagaimana mengenal pasti produk original?

Jawapan:

De Venus Vita-Lite eksklusif dan sukar ditiru, hanya dijual di Farmasi Kaisar
atau agen sah. Dikilangkan di fasiliti GMP & MESTI dengan packaging rasmi
lengkap.

Soalan 20

Jika ambil ubat cair darah?

Jawapan:

Secara umum rendah interaksi, Jarakkan 2 jam sebelum atau selepas ambil warfarin.

Soalan 21

Bolehkah diambil ketika haid?

Jawapan:

Tiada interaksi fiber dengan hormon haid. Detox fiber tidak mengganggu hormon, tidak menambah aliran darah, dan tidak menyebabkan kesakitan haid bertambah.
Detox fiber selamat diambil ketika haid dan tidak menyebabkan senggugut teruk. Kalau ada rasa memulas sedikit, itu biasanya dari usus, bukan rahim, dan ia hanya sementara.

Soalan 22

Sesuai untuk individu yang mudah mengalami alahan?

Jawapan:

Ya, formula ini bebas alergen utama. Namun, individu alahan bijirin perlu semak kerana ada oat & wheat fiber (tidak mengandungi gluten aktif, tetapi perlu berhati-hati).

Soalan 23

Adakah ia menyebabkan kenaikan berat badan?

Jawapan:

Tidak. Serat tidak menyebabkan kenaikan berat badan. Sebaliknya, serat membantu mengawal selera makan, menstabilkan gula darah, serta menyokong pengurangan kalori harian.

Selain itu, proses detoks melalui fiber membantu melancarkan pembuangan sisa dan toksin yang sering dikaitkan dengan pengekalan air, kembung dan pengumpulan lemak, menjadikan badan lebih mudah berada dalam keadaan “fat-burning”.

Soalan 24

Adakah individu hipertensi boleh mengambil produk ini?

Jawapan:

Ya. Kandungan serat dan antioksidan memberi manfaat kepada kesihatan jantung & tekanan darah.

Soalan 25

Adakah produk ini sesuai untuk pesakit kencing manis?

Jawapan:

Ya, boleh. Serat tinggi membantu menstabilkan gula darah.

Soalan 26

Sesuai untuk pesakit gastrik?

Jawapan:

Ya kerana serat larut menenangkan mukosa usus. Jika perut sangat sensitif, ambil selepas makan.

Soalan 27

Umur berapa sesuai mula mengambil produk ini?

Jawapan:

12 tahun ke atas.

Soalan 28

Adakah pesakit kanser boleh mengambil produk ini?

Jawapan:

Selamat secara umum, tetapi rujuk oncologist kerana setiap rawatan berbeza.

Soalan 29

Adakah produk ini mempunyai sijil halal?

Jawapan:

Ya. Diperbuat daripada bahan mentah yang disahkan halal dan dikilangkan di fasiliti
bertaraf GMP & Halal.

Soalan 30

Apa berlaku jika tidak diamalkan konsisten?

Jawapan:

Produk ini tidak menyebabkan kebergantungan; jika berhenti, pembuangan mungkin sedikit kurang lancar buat sementara waktu kerana kurangnya serat harian, bukan akibat kerosakan usus dan keadaan akan stabil semula dengan pengambilan air dan serat yang mencukupi.

Soalan 31

Sampai bila perlu mengambil produk ini?

Jawapan: 

Boleh diamalkan jangka panjang kerana ia adalah kategori serat dan botanical food-based, malah selari dengan keperluan pengambilan serat harian yang disarankan oleh KKM.

Soalan 32

Bolehkah diambil bersama produk lain?

Jawapan:

Boleh, tetapi jarakkan 1–2 jam kerana serat boleh mengganggu penyerapan mineral, terutama kalsium, magnesium dan zat besi jika diambil serentak.

Soalan 33

Adakah produk ini mempunyai sijil KKM?

Jawapan:

De Venus Vita-Lite dikategorikan sebagai produk makanan kesihatan dan
berdaftar di bawah BKKM (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM)

Soalan 34

Adakah terdapat bukti saintifik menyokong keberkesanan?

Jawapan:

Ya — tetapi kajian adalah terhadap bahan individu, bukan produk secara keseluruhan. Antara bahan yang mempunyai sokongan sains:

1. Green Tea Catechin (EGCG)

  •  Meningkatkan thermogenesis
  •  Meningkatkan penggunaan tenaga (energy expenditure)
  •  Menyokong pengoksidaan lemak (fat oxidation)

 Antioksidan tinggi yang menyokong metabolisme sel

2. Chicory Root Inulin

  • Bertindak sebagai prebiotik, meningkatkan pertumbuhan Bifidobacteria
  •  Mengurangkan sembelit & memperbaiki transit usus
  • Menstabilkan gula darah melalui perlahankan penyerapan glukosa
  •  Menyokong kawalan selera

3. Carrageenan (Konjac Gum & Xanthan Gum)

  •  Berfungsi sebagai soluble fiber yang membantu menambah rasa kenyang
  •  Melambatkan pengosongan gastrik, menyokong kawalan selera
  •  Menstabilkan gula darah kerana ia mengurangkan kadar penyerapan karbohidrat

Soalan 35

Sesuai untuk pesakit GERD?

Jawapan:

Ya, fiber membantu pergerakan usus dan boleh mengurangkan pressure dalam perut. Ambil selepas makan jika perut sensitif.

Soalan 36 

Selamat selepas pembedahan?

Jawapan:

Ya selepas pemulihan. Bukan untuk diambil sejurus selepas operasi. Tunggu sehingga boleh makan diet biasa tanpa masalah.

Soalan 37

Perlukah dijarakkan dengan ubat hospital?

Jawapan:

Ya, jarakkan 2 jam kerana serat boleh mengurangkan penyerapan ubat.

Soalan 38

Adakah pesakit kronik boleh mengamalkan produk ini?

Jawapan:

Secara umum selamat, tetapi pesakit: Buah pinggang & Kanser, perlu rujuk doktor terlebih dahulu.

Soalan 39

Perlu diambil sebelum atau selepas makan?

Jawapan:

Boleh sebelum makan (untuk kenyang) atau selepas makan (untuk perut sensitif).

Soalan 40

Adakah produk ini menjalani ujian makmal?

Jawapan:

Ya., untuk keselamatan dan kualiti makanan.

Soalan 41

Adakah ia sesuai untuk lelaki dan wanita?

Jawapan:

Ya, ia sesuai untuk kedua-dua jantina.

Soalan 42

Selamat untuk ibu mengandung, menyusu & dialysis patient?

Jawapan:

  • Mengandung (trimester 2 & 3): Ya
  •  Menyusu: Ya
  •  Dialysis: Rujuk doktor dahulu

Soalan 43

Sesuai untuk individu yang telah buang appendiks & pundi hempedu?

Jawapan:

Ya, selamat untuk diamalkan. Jika pembedahan baru berlaku, tunggu tubuh pulih sepenuhnya.

Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary