• Login
  • Register
Related Topics
[VIDEO] PRODUCT KNOWLEDGE - OLIVE HOUSE JUNIOR X DE VITAL BRAINY BERRIES
FAQ Olivie Plus 30x
FAQ Tocotrienol
FAQ Keguguran
FAQ Penyakit Saraf
Tags:
FAQ
De Vital Brainy Berries Kids
Brainy Berries

FAQ DE VITAL BRAINY BERRIES KIDS

FAQ De Vital Brainy Berries Kids

Soalan 1

Apakah De Vital Brainy Berries Kids?

Jawapan:

De Vital Brainy Berries Kids ialah produk pertama dibawah jenama Olive House Junior dimana ianya adalah minuman pekat berperisa anggur dan beri yang diformulasi secara saintifik untuk menyokong perkembangan otak kanak-kanak, fokus, emosi, penglihatan dan kesihatan penghadaman

Soalan 2

Adakah terdapat kolaborasi untuk pembinaan formulasi produk ini?

Jawapan:

Ya, produk ini diformulasi oleh ahli-ahli farmasi Kaisar yang berpengalaman dalam penghasilan produk untuk kanak-kanak.

Soalan 3

Apakah bahan-bahan dalam produk ini? 

Jawapan:

Air RO, Serbuk Buah-Buahan Campuran, Perisa Anggur, Ekstrak Moringa Oleifera, DigeZyme® (Amylase, Selulosa, Laktase, Lipase, Protease), Ekstrak Zeaxanthin, Ekstrak Bilberry, KSM-66® Ekstrak Ashwagandha, Probiotic® (Bifidobacterium breve M-16V, Bifidobacterium longum BB536), Multivitamin (Vitamin A, D3, E, B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12, C), Sharp-PS (Phosphatidylserine), Pemanis (Sucralose.)

Soalan 4

Apakah bahan aktif yang terdapat dalam produk ini?

Jawapan:

Setiap sajian menggabungkan bahan yang dikaji secara klinikal seperti Phosphatidylserine (Sharp-PS®), KSM-66® Ashwagandha, probiotik, bilberry, zeaxanthin dan multivitamin lengkap bagi menyokong perkembangan minda kanak-kanak secara menyeluruh.

Soalan 5

Apakah warna, rasa dan bau produk ini? 

Jawapan:

  • Warna – Merah beri keungguan
  • Rasa – Masam (tartness) dan sedikit manis buah
  • Bau – Masam dan beraroma buah anggur
  • Pembungkusan – Sachet 30ml

Soalan 6

Berapakah harga produk ini?

Jawapan:

Harga produk ini adalah RM 89 sekotak

Soalan 7

Berapakah kuantiti sachet yang terdapat dalam setiap kotak?

Jawapan: 

10 sachet (30ml) – total 300 ml

Soalan 8

Di mana boleh membeli produk ini?

Jawapan:

Produk ini boleh didapati di platform media sosial Olive House dan agent2 Olive House yang berdaftar

Soalan 9

Berapa lama satu kotak boleh bertahan?

Jawapan:

1 kotak bertahan selama 10 hari dengan pengambilan harian

Soalan 10

Adakah produk ini mempunyai sijil halal?

Jawapan:

Disebabkan produk ini baru dilancarkan, sijil Halal akan tersedia  sekurangnya 3 atau 6 bulan dari tarikh pelancaran

Soalan 11

Adakah produk ini berdaftar dengan KKM?

Jawapan:

Produk ini dikelaskan dibawah kelas makanan dan tiada keperluan untuk pendaftaran NPRA dilakukan

Soalan 12

Di mana produk ini dihasilkan?

Jawapan:

De Vital Brainy Berries Kids dihasilkan di fasiliti bertaraf GMP di Malaysia,

memastikan kualiti, keselamatan dan kebersihan yang konsisten.

Soalan 13

Apa yang membuatkan De Vital Brainy Berries Kids berbeza daripada suplemen lain?

Jawapan:

  • Tidak seperti multivitamin biasa, formulasi ini menggabungkan sokongan untuk otak, mata, perut dan usus dalam satu sachet cecair yang mudah diambil.
  • Ia menggunakan bahan yang telah dipatenkan dan terbukti secara klinikal seperti Sharp-PS®, KSM-66® Ashwagandha dan probiotik, memberikan formula holistik.+

Soalan 14

Apakah manfaat utama supplemen ini?

Jawapan:

  • Menyokong perkembangan otak, memori dan focus
  • Membantu ketenangan dan keseimbangan emosi
  • Melindungi kesihatan mata daripada cahaya biru (screen hp)
  • Menyokong kesihatan usus dan pencernaan
  • Menguatkan imuniti, tenaga dan pertumbuhan
  • Rasa yang sedap dan mesra kanak-kanak dan selamat untuk penggunaan harian

Soalan 15

Apakah bahan aktif utama?

Jawapan:

  • Phosphatidylserine (Sharp-PS®): Meningkatkan memori, fokus, pembelajaran dan keupayaan tumpuan. Menyokong komunikasi antara sel otak untuk prestasi akademik yang lebih baik.
  • KSM-66® Ashwagandha: Meningkatkan prestasi kognitif, ketenangan dan kestabilan emosi. Mengurangkan hormon stres (cortisol) dan meningkatkan tumpuan.
  • Ekstrak Bilberry: Kaya dengan antosianin yang melindungi kapilari retina dan mengurangkan kerosakan oksidatif akibat cahaya biru daripada skrin.
  • Ekstrak Zeaxanthin: Membantu mengekalkan penglihatan yang jelas dan melindungi retina daripada tekanan cahaya UV dan skrin.
  • Campuran Probiotik®: Menyokong keseimbangan mikrobiota usus, pencernaan dan imuniti, yang berkait rapat dengan kestabilan emosi dan fokus mental.
  • DigeZyme® Enzyme Complex: Meningkatkan pencernaan, penyerapan nutrien dan mengurangkan kembung perut.

Soalan 16

Apakah fungsi vitamin dalam produk ini?

Jawapan:

  • Vitamin A: Menyokong penglihatan & imun
  • Vitamin D3: Penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi
  • Vitamin E: Antioksidan untuk perlindungan sel
  • Vitamin B: Kompleks: Metabolisme tenaga, fungsi saraf & isyarat otak
  • Vitamin C: Menguatkan imun & sintesis kolagen

Soalan 17

Bagaimana De Vital Brainy Berries Kids dikatakan bermanfaat untuk kesihatan otak?

Jawapan:

  • kerana ia menggabungkan nutrien yang terbukti secara klinikal untuk menyokong fungsi kognitif.
  • Phosphatidylserine (Sharp-PS®) membantu meningkatkan daya ingatan, fokus dan komunikasi antara sel otak, manakala KSM-66® Ashwagandha secara semula jadi mengurangkan tekanan untuk menyokong tumpuan yang lebih baik.
  • Vitamin B-Kompleks menyokong tenaga dan isyarat saraf untuk memastikan otak berfungsi dengan optimum. Vitamin E dan C pula memberi perlindungan antioksidan yang membantu melindungi sel otak daripada
  • Selain itu, probiotik dan enzim pencernaan membantu menguatkan hubungan antara usus dan otak (gut-brain axis), sekaligus menyokong mood yang lebih stabil, fikiran yang lebih jelas, dan prestasi kognitif yang lebih baik secara keseluruhan.

Soalan 18

Bagaimana produk ini dikatakan baik untuk masalah pencernaan?

Jawapan:

  • Mengandungi gabungan terbaik antara probiotik untuk keseimbangan bakteria baik dalam usus serta kompleks enzim DigeZyme® bagi meningkatkan pencernaan, penyerapan nutrien dan mengelakkan ketidakhadaman.

Soalan 19

Adakah produk ini mengandungi gula?

Jawapan:

Produk ini tidak menggunakan gula putih tetapi ianya menggunakan sucralose, pemanis tanpa kalori yang tidak meningkatkan paras gula darah dan selamat untuk kanak-kanak.

Soalan 20

Bagaimana cara mengambil suplemen ini?

Jawapan:

  • Ambil 1 sachet (30ml) setiap hari, sebaiknya sebelum sarapan atau sebelum
  • Minum air secukupnya untuk memastikan tahap hidrasi yang baik
  • Disarankan untuk dihidangkan secara sejuk untuk rasa yang lebih sedap dan menyegarkan

Soalan 21

Adakah produk ini perlu disimpan dalam peti sejuk?

Jawapan:

  • Tidak, produk ini tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. De Vital Brainy Berries Kids dibungkus dalam sachet 30ml yang stabil pada suhu bilik.
  • Namun, rasanya akan lebih menarik jika diambil dalam keadaan sejuk 
  • Juga untuk  mengekalkan kualiti terbaik, produk ini digalakkan untuk disimpan di tempat yang kering dan jauh daripada cahaya matahari.

Soalan 22

Adakah ia perlu dihabiskan selepas dibuka?

Jawapan:

Ya. Setiap sachet adalah untuk sekali minum dan perlu dihabiskan serta-merta selepas dibuka.

Soalan 23

Bolehkah diambil ketika perut kosong?

Jawapan:

Ya. Terbaik sebelum sarapan atau sebelum tidur untuk penyerapan optimum.

Soalan 24

Bolehkah kanak-kanak mengambil lebih daripada 1 sachet sehari?

Jawapan:

Tidak digalakkan kecuali atas nasihat profesional kesihatan.

Soalan 25

Kanak-kanak umur berapa yang sesuai mengambil produk ini?

Jawapan:

Produk ini diformulasikan khas untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas.

Soalan 26

Adakah ia selamat untuk kanak-kanak ADHD atau autisme?

Jawapan:

Ya, Ianya sesuai dan boleh membantu fokus & ketenangan

Soalan 27

Adakah produk ini juga sesuai untuk orang dewasa?

Jawapan:

Ya, sesuai untuk dewasa yang perlukan sokongan otak, mata dan pencernaan.

Soalan 28

Siapa yang perlu mengelakkan produk ini?

Jawapan:

  • Individu yang mempunyai alahan terhadap mana-mana bahan dalam produk ini, atau yang sedang menjalani rawatan perubatan tertentu, perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya.
  • Produk ini juga tidak disarankan untuk bayi di bawah usia 2 tahun.

Soalan 29

Adakah produk ini menyebabkan ketagihan?

Jawapan:

Tidak. Tiada bahan yang menyebabkan ketagihan.

Soalan 30

Adakah ia mengandungi alergen?

Jawapan:

Produk ini tidak mengandungi alergen biasa seperti susu, soya, gluten atau kacang. Namun begitu, sentiasa semak senarai lengkap bahan jika anda mempunyai alahan atau sensitiviti tertentu.

Soalan 31

Adakah ia selamat untuk penggunaan harian?

Jawapan:

Ya. Ia diformulasi untuk penggunaan setiap hari.

Soalan 32

Bolehkah diambil bersama ubat lain/ antibiotik?

Jawapan:

Ya, tetapi jarakkan 2–3 jam untuk keberkesanan probiotik.

Soalan 33

Berapa lama untuk melihat kesan?

Jawapan:

Bergantung pada individu dan pengambilan harian yang berterusan memberikan manfaat jangka panjang yang terbaik.

Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary