Tanda-tanda awal sakit jantung
Penyakit jantung adalah keadaan yang mempengaruhi fungsi jantung. Ia merupakan penyakit kardiovaskular, dan menjadi antara penyebab utama kematian seluruh dunia. Ada banyak sebab yang mendorong kepada sakit jantung seperti hipertensi, obesiti, kolestrol tinggi, diabetes, tidak aktif dan juga diet tidak sihat. Meskipun ianya datang secara tiba-tiba tetapi sebelum itu sudah pasti ada beberapa tandanya.
TANDA-TANDA SAKIT JANTUNG
Sekiranya anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda yang disenaraikan dibawah, sila dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berhampiran anda:
Mengapa Minyak Zaitun baik untuk jantung
1. Minyak Zaitun Tinggi Antioksida
Selain itu, minyak zaitun juga amat tinggi kandungan hydroxytyrosol yang merupakan antioksida yang paling berkuasa untuk kesihatan kardiovaskular. Hal ini kerana, ia dapat menghalang pengoksidaan dalam tubuh yang menyumbang kepada pemendakan kolesterol dalam saluran darah.
Jika pengoksidaan tersebut tidak dihalang, saluran darah atau arteri pasti akan tersumbat dan oksigen tidak dapat dibawa ke jantung seterusnya boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular atau serangan jantung.
Kandungan antioksida ini juga bertindak dengan berkesan untuk mengurangkan rasa sakit pada tubuh seseorang selain menghalang pengaktifan gen dalam DNA yang menyebabkan keradangan.
2. Minyak Zaitun Bersifat Anti-keradangan
Di samping itu, minyak zaitun juga bersifat anti-keradangan yang membantu mencegah penyakit-penyakit kronik yang terjadi akibat keradangan dalam tubuh. Penyakit tersebut termasuklah sakit jantung, diabetes, dan pelbagai lagi.
Pengambilan minyak zaitun tentunya berupaya mencegah keradangan dan seterusnya melindungi jantung daripada risiko penyakit-penyakit yang tidak diingini. Jelaslah bahawa minyak zaitun dan jantung mempunyai kaitan dari sudut kesihatan.
Rata-rata kajian telah mengatakan bahawa pengambilan minyak zaitun extra virgin asli boleh membantu untuk mengurangkan kadar kolesterol dan sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung. Jadi mari mulakan hari anda dengan pengamalan gaya hidup sihat untuk kesihatan jantung anda. Dapatkan minyak zaitun extra virgin asli OLIVIE PLUS 30X yang diiktiraf ORGANIK daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.